Makin aku diuji makin aku disayangi..mungkin!!!!

February 15th, 2008 by azeraiazmi

Jadual harianku semakin padat, bukan setakat ke sekolah untuk mengajar bahkan aku juga terpaksa membahagikan masa untuk menyediakan keperluan anak2ku dan keperluan pengajianku sendiri..makin kuat pula semangatku untuk berkongsi kejayaan bersama mereka..kalau boleh biarlah mereka berjaya dengan cemerlang pada tahun ni then tahun depan kalau diizinkan tuhan aku pula yang akan menyusuli kejayaan mereka…aminnnnnn…mulai sekarang aku juga terpaksa melambatkan masa tidurku (walaupun akan terpaksa menjagakan diri pada waktu yang sama setiap hari-5.30pg..) kerana aku terpaksa membuat preparation untuk mengajar di salah sebuah kolej swasta di sekitar seremban 2 malah aku juga turut mengajar di salah sebuah pusat tuisyen juga di seremban 2…mengajar pasukan debat di salah sebuah sekolah berasrama penuh terpaksa aku hadkan kepada 2 jam seminggu sahaja..kerana kesuntukan waktu…

Aku suka..makin aku sibuk makin aku terlupa penderitaan penyakit yang aku alami..makin masa berputar laju makin aku terlenyap dari ingatan sejarah2 silam yang perit untuk aku kenang!!! bila aku nak rehat? hurm..masa tidur yang dilewatkan tu la satu2nya masa rehatku…ye lah, hari ahad pun aku sibuk dengan urusan di pusat tuisyen dan kadang kala aku akan ke kuala lumpur untuk berurusan dengan klien yang melabur dengan CIMB WEALTH!!(iklan jap..last year dividen yang dibayar pada pelabur adalah 49.2%..sape yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau nak melabur bolehlah menghubungi aku yer)

Hari ni semua orang mungkin menyambut hari kekasih..masa ni lah semua akan cuba menunjukkan betapa sayang mereka pada pasangan masing2..aku? dah hampir 6 tahun aku terlupa tarikh ni..alahhhhhhh kasih sayang?apa tuh?dari kecil tak pernah pun aku rasa?tak tersentuh pun dek jiwa aku yang kosong nihhhhh…oklah, bukan penting pun valentine ni bagi aku (jujur..aku sunyi kadang2 tuh..mungkin sudah tibanya masanya untuk aku berkawin..namun sapelah nak aku nih!!!) yang pasti termasuk tarikh berkasih sayang ni dah 4 hari aku hilang suara..kalau nak bercakap pun..peritttt sangat nak kuarkan suara..aku diberi MC tapi..demi kasih sayang aku pada anak2 aku..aku tetap ke sekolah..cakaplah juga…mujur ada teknologi ICT leh la bantu aku untuk mengajar time2 mcm ni..

ntahlah…tetiba aku menangis tadi semasa mengajar di sebuah kelas nih..DEMI ALLAH…ni bukan propa…aku tetiba sebak dan menangis semahunya..ni kelas yang agak lembam ..aku gigih juga menjerit2 ngajar..aku nak sangat diaorg ni lulus..bukan apa..kebanyakkan dari mereka ni..anak org susah..bagi aku hanya ilmu yang dapat mengubah mereka sebab itu aku nakkkk sgt mereka lulus dan menjadi org yang berguna yang mampu untuk membantu keluarga mereka..tapiiii..dah la aku seksa nak bercakap..depa pulak diam jek…tak bagi respon..dah tu main2..aku tetiba diserang rasa kecewa dan takut untuk memikirkan masa depan mereka…terus satu perasaan lain ujud dalam jiwa aku..dan perasaan itu aku tafsirkan dengan air mata yang tetiba mengalir sambil mulut membebel menasihati mereka!!!

keluar dari kelas tu…mata masih merah dan tetiba telefon aku berdering..hurm..panggilan dari mak…sayup suara perempuan yang aku cintai itu kedengaran esak tangis…YA ALLAH…berita buruk.,…abg sulung aku kemalangan ketika memandu motosikal kuasa tinggi dan  dikatakan diserang angin ahmar hingga dia ditahan di hospital kerana dikuatiri lumpuh separuh badan…aku terduduk

aku tak berdaya untuk bangun…Ya ALLAH….besarnya dugaanmu..aku menangis lagi..ustazah siti eshah datang dan memujukku..katanya…‘azerai, lagi kuat ujian tuhan pada kita, lagi kuat kasih sayang dia pada kita, dia tahu azerai kuat..azerai mampu sebab tu dia uji..doakan kesejahteraan dan keselamatan abg azerai tu yer…akak akan turut sama mendoakan..cuma akak nak bagi tahu ni…tadi masa azerai mengajar kat kelas 6I akak nampak dan turut dengar apa yang azerai marah..akak terharu dik..akak turut sebak..adik betul2 mcm cikgu2 akak dulu..lembut hati adik ni…sudahlahh..pergi cuci muka..pergi sembahyang zuhur kat surau"…mungkin kerana kata2 ini dituturkan oleh seorang ustazah, hati aku menjadi lembut dan menurut saja perintah tuh!!…lepas berdoa aku tenang sedikit dan punya kekuatan untuk balik ke seramban…

ketika aku menulis entry ni…aku baru saja menelefon mak aku..abg aku dah dipindahkan ke hospital swasta atas permintaan company tempat dia bekerja, kata mak lagi..doktor sahkan dia berada di tahap awal dan ada harapan yang besar untuk pulih..ahhhh lega hati aku…ya Allah..kuatkan semangat aku ini…

ASTAR’08 : aku patut tak sudikan diri

February 8th, 2008 by azeraiazmi

hurm, umum tahu ttg pengajuran Debat ASTAR..kali ini aku terlibat secara langsung..sebagai ketua hakim gantian..saat akhir..banyak benda aku korbankan masa itu..discusion bersama coursemate..latiahn debat di SMSS..keje2 hakiki di sekolah..tapi apa yang aku dapat? cacian dan hinaan!!

kisahnya begini…aku ni sekadar sudikan diri untuk mengantikan orang lain untuk menjadi ketua hakim ASTAR tu walaupun aku tahu agak sukar untuk aku buat..ye la dengan bebanan part time student dan full time cikgu (tak termasuk part time2 lain untuk mencari duit bagi menampung kos pembedahan yang aku rancang nak buat laser kat hospital swasta…polisi aku tak cukup!!!) ……akhirnya banyak sgt yang aku terpaksa tanggung..kena maki sebab tak siapkan keje sekolah,tak siapkan asgment lagi then kena hina sebab penganjuran yang sikit kelam kabut sedangkan aku tak patut tanggung semua tuh…tobat tak nak ganti orang dah!!! maaf susah untuk aku ceritakan semua secara detail…nak cite tapi aku betul2 sedih tak ampu dah nak kenang dan tak nak ingat lagi kalau boleh!!!

kesihatanku vs masa depan mereka

January 25th, 2008 by azeraiazmi

Hurm, aku dijangka akan menjalani pembedahan tonsil pada 14hb mac..hurm aku dah terbayang 2 bulan tanpa menelan nasi (atau makanan2 keras) cuma ais krim vanila la saje yang akan jadi makananku!!

aku rasa aku dah sedia sebab kadang kala aku dah tak larat menanggung sakit kalau tonsil ni bengkak..tapi semakin hampir masa untuk jalani pembedahan tu semakin menebal perasaan takut..bayangkan..kalaulah aku bedah juga, doktor jangka hampir 4 minggu aku akan rasa sakit untuk bercakap tapi…apa jadi pada kerjaku?aku makan gaji hasil dr mengajar tapi..aku sakit..tak boleh mengajar..macam mana nih? lagipun tahun ni merupakan upsr pertama subjek sains dan mate diuji dalam bahasa inggeris..aku pulak cikgu yang terlibat dengan projek Tun M ni..hurm…arhhhhhhh..aku makin keliru

mana yang patut aku dahulukan hah? kalaulah aku tak buat pembedahan maknanya aku akan tanggung semua sakit hampir setiap 3 bulan tapi kalau aku jalani pembedahan maknanya anak2 muridku terbiar? ya Allah..aku sayangkan mereka ni..aku nak mereka semua berjaya dan skor A dalam sains untuk UPSR tahun ni..

aku sanggup (walaupun pada asalnya terpaksa) berulang setiap hari untuk berjumpa mereka, mengajar mereka,melihat muka gembira mereka ketika mereka memahami pengajaranku..

aku sanggup adakan kelas tambahan ganti setiap malam selasa kerana kelas tambahan yang sepatutnya setiap hari sabtu tapi disebabkan aku tak dapat hadir ke sekolah setiap sabtu kerana aku menghadiri kelas di UM maka aku gantikan kelas tersebut setiap malam selasa.kebetulan aku tidur di KL setiap malam selasa..petang selasa aku ada kelas di UM.

aku rasa tuhan maha adil,kali ini aku akan dahulukan mereka juga…kesihatan aku? hurm..akan aku gadaikan,akan aku taruhkan demi kejayaan mereka..manalah tahu..mungkin aku akan berjaya lahirkan angkasawan masa depan?aku harap..pengorbanan dan taruhan aku kali ini akan mendatangkan hasil..harap tuhan balas dengan kejayaan mereka..mungkin juga, tuhan balas untuk kesihatan aku pulih dengan kuasanya!!aminnnnn

kali ini masa depan mereka lebih penting dari kesihatanku..hurm..pada mereka yang bergelar CIKGU..kalian semua faham kan kenapa tindakan aku sebegini..kita ni bilis cuma, dipandang enteng oleh semua org..bukan kerja yang boleh kaya..bukan kerja yang boleh glamour tp jgn sesekali mengalah..itu  mmg tanggungjawab kita!!!

Ya ALLAH ya tuhanku..berilah kejayaan yang cemerlang buat anak2 muridku..aku halalkan segala ilmu yang aku curahkan pada mereka..berkatilah uasahaku ini dan berikan kejayan dalam pengajianku juga serta peliharalah kesihatanku,keluargaku  seluruh umatmu di muka bumi ini..aminnnn

Tahun Baru,Semangat baharu,rumah baharu…masalah baharu!!!!

January 9th, 2008 by azeraiazmi

Mungkin aku sudah terlewat untuk ucapakan selamat tahun baru 2008 buat semua namun bagi yang beragama islam aku ambil kesempatan ini untuk ucapakan selamat tahun baru mengikut kiraan kalendar Qamari..kebetulan hari ini cuti dan sedikit ruang dan masa aku perolehi untuk mengunjugi cc yang berhampiran ngan umah ni untuk on9 (setelah hampir 3 minggu tak on9- opssss..aku dah takde kemudahan internet kat rumah..kemudian kot!!)

2008..insyaAllah kalau aku dipanjangkan umur maka aku akan menjangkau usia 28 tahun pada 2 julai nanti..moga tuhan kurniakan aku umur yang panjang agar bisa untuk aku bersedia sebelum DIA mengutuskan malailat mencabut nyawaku!!hurm..tahun ini juga aku mampu untuk tersenyum melihat setiap sudut ruang rumah baharu ku yang aku hiasa sendiri mengikut citarasa dan impian yang aku simpan selama ini..walaupun hakikat ini rumah aku tp sebenarnya ruang nafas dalam rumah ini aku hadiahkan untuk bondaku yang tercinta..hurm..cukuplah kami sekelurga melalui keperitan hidup yang tak sudah2 mengundang episod air mata..biar bonda tersenyum bangga kali ini dengan aku walaupun sebenarnya semangat aku ini adalah pinjaman dari ketabahan wanita yang bergelar ‘mak’ kepada diriku sendiri..terima kasih kepada kawan2 yang telah aku anggap adik2 aku sendiri kerana sudi menghadiri majlis bacaan yassin dan mengunjungiku tanpa jemu..hurm,kalian benar2 membahagiakan..

Pada semua juga aku mengharapkan kalian mendoakan aku agar berjaya menamatkan pengajian sarjana yang baru saja aku mulakan di UM..kampus ibu kota ini benar2 menguatkan semangatku untuk menamatkan pengajian ini dengan cemerlang..bukan mudah untuk belajar semula setelah hampir 4 tahun meninggalkan zaman itu dan sitambah dengan kerja2 di sekolah yang membebankan serta tekanan dari pihak atas yang jelas benar kebenciannya bila mana aku menyambung pelajaran..moga dugaan ini aku lalui dengan tabah dan moga semangat ini istiqamah dalam hatiku sampai bila2..aminnn

sebenarnya aku benar2 buntu…memang aku rasakan pembukaan 2008 cukup membahagiakan..rumah baharu,azam baharu,semanagt baharu namun…masalah baharu yang menimpa juga cukup2 membebankan..aku terasa tertekan bila permohonan pertukaran ke negeri sembilan (lokasi rumah baharuku) tidak diluluskan..bukan calang2 ‘kabel’ aku gunakan namun..tetap hampa..biarlah..aku malas nak mengulas panjang..tetap tak dapat yang pasti org yang berjanji mungkin akan melupakan apa yang dijanjikan namun aku yang menanggungnya sahaja yang mengetahui betapa beratnya bebanan ini.yang pasti tiada langsung ucapan maaf kepada ku..marah..terhina..geram..semua bercampur baur namun bila difikirkan2 aku temui jawapan..’aku tiada tarikan’ untuk dijadikan modal pada janji2 yang ditaburkan itu..kwn tetap kwn namun aku terus terang katakan kali ini aku akan lebih berhati2 untuk menapis semua janji2 yang ditabur..takut merana lagi!!hurm namun mungkin tahun depan aku boleh mencuba lagi kot tp kali ini terpaksa la ‘menghulur’..huks..biasalah resmi org sekarang!!!!kwn pun tetap kena hulur barulah boleh janji itu menjadi pasti..lagipun org tua ku cuma ikan bilis bukan nya jerung yang boleh saja menelefon jerung yang lain dan automatik anaknya dapat bertukar ke negeri pilihan..sabarlah azerai…"SAYA YANG MENURUT PERINTAH" tapi sampai bila?sampai darah aku habis dihisap oleh "lintah"?…ok.

perjalana hidupku skg sikit berbeza..seawal 5.15 aku dah bangun..kemas rumah,mandi,solat dah bersiap untuk bertolak ke KL..then pas abis waktu sekolah,balik ke seremban dan berehat serta buat persedian untuk mengajar keesokkan harinya..then lepak tgk TV pas maghrib study then seawal jam 9.30 aku akan zzzzzz..itulah rutin hidupku ..setiap selasa dan sabtu lak aku akan lepak kat UM..kalau selasa dar jam 3 sampai 6 then sabtu dari jam 8-11 dan 2-5..penatttttt sgt tp aku berjanji satu hari nanti segala kepenatan ini akan berikan aku senyuman puas dan..kalau aku jadi jerung aku juga berjanji akan membantu bilis2 yang kesempitan kerana aku berasal dari ruang itu (namun jika aku tidak mampu untuk membantu atau memastikan jaminan terhadap pertolonganku itu aku sesekali tidak akan berjanji dan beri harapan)..TQ BUAT SEMUA YANG MEMBERI TEKANAN KERANA ITULAH YANG MENDEWASAKAN

December 5th, 2007 by azeraiazmi

Lamanya tak up date blog, akhirnya aku bangun dari ketiduran..huhuhu..banyak ni cite yang aku nak cite..ingat tak aku janji nak cite tentang Hati Malaya? hurm..hutang dulu erk..then aku gak nak cite pada semua ttg kejadian yang berlaku (mungkin ada dikalangan korang yang tak pernah terduga perkara ni) di sekolah beberapa hari sebelum cuti - budak berlagak nak jadi cicak man ..terjatuh dari syiling..then aku pun nak cite tentang kawan makan kawan- mcm ne perangai manusia ni-perah n guna kebaikan kita sepenuhnya then bile nak capai apa yang dihajatkan buang kita macam sampah (weeiiii…’bekas kawan’ hidup ko takkan senang la..aku tak halalkan duit aku pada ko!!) dan byk lagi ler (yang pasti takkan ada entry tentang persiapan aku kawin la…lalalalalalala)

cite aku tentang Royal Debate yang berlangsung baru2 ni kat UiTM..secara peribadi bagi aku ia meruapakan memory yang indah. (tapi mcm biasa masih ada yang kurang enak untuk di kenang)..apa indahnya? ni Royal pertama yang aku turun setelah hilang dari dunia debat ni (tak sesuai la…vakum debat..huhuhuhu) selama 5 tahun.Edisi terakhir yang aku sertai adalah Royal 2001 di UUM (tp di anjurkan pada Feb 2002 kerana menghormati kemangkatang Almarhum DYMM pada ketika itu, kemudian 2002 di UTM KLaku sekadar hadir di malam final sebagai penonton berkecuali di Dewan Muktamar Pusat Islam KL. 2003 (UPSI), 2004 (UMS), 2005 (UKM), 2006 (UNIMAS) dan 2007 di UiTM..aiyo, atas kertas je dah menjanjikan persaingan yang sengit dan dah menunjukkan kemeriahan pabila ini kali pertama pasukan utama dan muda (aku fokuskan pada bahasa melayu je tau…BI n Arab aku tak tahu ler..) masing2 diminta menghantar 2 pasukan.Ini bermakna setiap pasukan kenalah menghantar 4 pasukan..motif?

Aku juga mula mendapat semangat baru bila mana aku sudah "berani" untuk kembali rapat (aku ingin lupakan krisis itu)dengan sorang pegawai yang sebenarnya (jauh di sudut hati dia tetap aku sanjungi dr dulu sampai skrg) org yang bertanggungjawab membimbingku dlm debate ni..dia pernah dan sebenarnya masih lagi menjadi idola ku!!

jumpa kwn2 lama…dan baru (ada generasi alumni yang aku tak kenal sebab mereka muncul pd zaman gelap sebelum ‘kelahiran semula’ semangat debat dalam hidupku ni)

pada mata penjurian amaturku ini, UIA dengan barisan pendebat mereka yang berkualiti dan takkan abis untuk sekurang2nya 5 kali Royal daripada sekarang mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia ni..seolah2 mereka memberi amaran bahawa kebangkitan semula mereka maka nama besar seperti UM (Otel n Ali..terus berjuang tanpa konsultan anda!!), UiTM (ni pun sama..generasi pendebat mereka takkan abis), dan UKM (bukan sekadar menyelit je dah sekarang..memang memberi saingan yang sengit pada semua) serta juga universiti yang lain yang sebenarnya juga mampu membuat kejutan.

OKlah aku rasa semua orang dah tahu keputusan kan..lagipun among debator aku lah org yang paling lambat up date blog ttg Royal ni.aku nak komen pasal perkampungan Royal, majlis final, penyokong2 pasukan dan sebelum itu aku mohon maaf pada sape2 yang akan terasa dengan tulisan aku ni nanti.

Maaflah, aku rasa perkampungan debat kali ni sedikit kelam kabut sepanjang berada di sana aku pun pening, jawatankuasa pengajuran kata lain then kehendak jawatankuasa lain. then jemput peserta ramai2 tp setiap universiti cuma boleh menghantar 25 orang jek dalam dinner, tp bila dibantah baru membenarkan semua pendebat masuk ke dewan dinner. Begitu juga dengan pengumuman pasukan Top 8, pihak teknikal penghakiman (yang aku kira lebih berautoriti dalam hal ni) lain kehendaknya dengan penganjuran (aku kira bukan semua AJK nya tp kontradik ngan sorang jek tp hamba Allah ni berkuasa la) sebenarnya semua masalah ni kecil je tp sedikit sebanyak mencacatkan perjalanan perkampungan yang grand ni.. ha untuk pengetahuan semua, kami yang berada di meja jamuan hakim tersentap kerana telah dihalau oleh pekerja catering ,boleh tak kami di halau dengan kasara, macam ni bunyi ayatnya, "dah makan,blahla"..semua terkejut..memang ni bukan salah penganjur tp rasanya penganjur patut briefing siap2 pd caterer yang mereka tempah kenalah sediakan makanan dan perkhidmatan (termasuklah budi bahasa) yang terbaik dari segi kualiti.

hurm, pagi pertandingan aku ke Dewan Sri Budiman, aku agak terkejut bila melihat hiasan pentas yang aku rasa tak sesuai untuk pertandingan Royal yang prestij ni..aku rasa mcm melihat hiasan pentas final antra kolej kediaman jek. agak sedihlah kerana hilang prestij nya!!then majlis yang terlalu lewat hingga sebenarnya hilang mood pendebat!!

akhir sekali aku sekadar ingin menegur kepada penyokong2 (tidak kiralah dari IPT mana pun) jgn sesekali kita mengutuk atau mem ‘boo’ (mungkin menyebut perkatakaan ‘boing2′) semasa pendebat sedang berhujah..saya tahu anda ghairah dengan pasukan lagi satu tapi cuba kita fikir..kita yang menyokong ni pun pendebat juga bukan..letakkan diri kita di tempat pendebat yang kita kutuk itu..apa perasaan kita? debat bukan sekadar bertikam lidah,bertingkah akal fikiran dan fikirkan soal kemenangan tp ia juga soal persahabatan!! pada semua minta maaf andai ada yang terluka. dan buat ketiga2 adikku..Ali,Haris dan Otel-sebenarnya berada di pentas final adalah sudah terlalu baik untuk kalian memandangkan pelbagai masalah yang menimpa sebelum Royal berlangsung hingga mengganggu emosi hingga ada yang tersentap dan menangis namun kalian masih tetap berada di pentas itu!!

My name is Remy..

November 4th, 2007 by azeraiazmi

Cop..nama aku still Azerai lor…cuma entry kali ni yang berkisar tentang Remy…Remy? sape tu? hurm..ramai yang tak kenal nama ni kan..tapi kalau sebut Pramle_photo Allahyarham Tan sri Dr. P. Ramlee semua orang tahu..kannn..tapi bukanlah cerita pasal arwah yang ingin aku coretkan tapi tentang Teater Muzikal P.Ramlee Prologue_01 yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya yang ingin aku ceritakan.

Ok, sebelum tu,nak luahkan la kesentapan aku..dah la masa pementasan Puteri Gunung Ledang tak dapat tiket dan perkara yang sama pun berlaku untuk pementasan P.Ramlee kali ni..dua2 dibawa oleh Infiniti Production (milik Datin Tiara-aku mula jatuh cinta lakonannya dalam filem Ringgit Kasorrga)..semua sbb kawan..aku ni jenis percaya kawan..ingatkan dia beli rupa2nya…chais..melepas lagi…so gigit jarilahhhhhh.Act_03 Act_02

Namun memang telah tersurat aku tetap akan menonton (dan memberi standing oviation) teater maka tak sangka,kenalanku dari Melaka,seorang guru - Cikgu Chan yang berbangsa Baba Melaka telah menjualkan tiket anak muridnya yang tidak dapat menghadirkan diri mereka ke pementasan tersebut kepada aku (dan 3 kwnku yang lain). Act_07 YA ALLAH..Betoi ke ni!!bestnya…rasa mcm tak sabar nak tunggu 8.30 malam..ye arrr kali terakhir aku masuk ke Panggung Act_11 Act_08 Sari semasa menonton pementasan Lantai T.Pinkie lakonan Nasha Aziz Act_13 (tapi jujur..lakonan Datin Tiara dan Erma Fatima Act_12 lebih KAW!!).

Act_16 Dalam tak sabar2 tu sempat gak aku menjengah panggung wayang sambil sob sob sob menangis katanya Act_21 untuk filem 1957 Hati Malaya - komennya nanti ya..entry yang lain.. Act_01 dan yang bestnya malam tu Act_26 Act_24 sementara menunggu pementasan berlangsung ternampak Act2_01Shumi kat IB..uik rasa nak je g salam n ucap tahniah kat dia untuk Filem tuh..huhuhu…tapi malu…Act2_02

Cepat Act2_04ambik tempat…dah nak start..dub dab dub dab tak sabar ni nak tgk…..

#Sean Ghazi (aku suke ngan keraktor dia-huhuhu dan CD lagu semalamnya juga selalu menamani aku ms tengah drive),Act2_05

#Chadd (aku salah seorang peminat dia n mengundi dia masa Audition 1 dulu..huhuhu..tapi bukan rezeki Act2_11 dia..rezeki Tria!!!), dan

Act2_12 # DATUK SITI..haiyo susah Epilogue_01 sangat nak dapatkan dia berlakon..mcm2 alasannya tp akhirnya dia tunduk juga ngan tawaran Datin Tiara dan pernah aku terbaca statement Datuk Siti,lagu yang bakal dinyanyikan oleh ‘Azizah’ itu yang menambat hatinya untuk berlakon dalam produksi ini..

Cast_siti Dengan orkestra pimpinan ayah kepada Gita Gutawa ni harussss meletop kan..maka bermulalah…..sepanjang pementasan tak berkelip mata aku menonoton dan babak yang paling aku suka adalah ketika Ramlee dan Norizan menonton wayang filem pertama arahannya dimana Saloma turut menonton..pelakon2 duduk di kerusi ‘wayang’ di belakang tabir yang menayangkan filem Penarik Beca sambil spot kepada Ramlee+Norizan dan Saloma..mak aiiii..suke sangat..tak tahu kenapa tapi yang tahu..aku suka!!!Cast_sean

tak payah la aku ulas panjang2 (wartawan hiburan lebih arif untuk mengulasnya) cukup aku katanya…kalau diulang pementasan selepas ini aku akan pergi lagi…..tak rugi!!!!

tahniah buat semua terutamanya Sean Ghazi dan CHad serta Liza Hanim opssss..adik ‘Mukhsin’ gak serta yang lain2…….PUASSSSSSSSS

Sepanjang Perkampungan teater KOMSAS Kebangsaan

October 27th, 2007 by azeraiazmi

Image029 Bermula 21-25 Oktober yang lalu..pelakon2,tenaga produksi serta penasihat teater KOMSAS bagi setiap negeri termasuk 3 wilayah persekutuan telah berkampung di Taman Budaya Pahang yang terletak di Kuantan untuk bertanding bagi merebut kejuaraan sulung pertandingan ini..

Rasanya tidak sesuai la pulak untuk bergelar juara sulung sbb pertandingan ini merupakan kesinambungan pertandingan drama sekolah menengah yang sama prestijnya dengan pesta pantun (piala sireh pulang ke gagang) namun disebabkan masalah penajaan pertandingan drama ini telah dihentikan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1992. Setelah 15 tahun dihentikan kini ia muncul semula sesuai dengan peredaran semasa kerana silibus BM kini terselit Komponen Sastera (KOMSAS).Image022_1

Rasanya tak perlulah untuk aku ulas jadual harian perkampungan ini cukup aku katakan agak memenatkan untuk mengawal 10 orang pelajar yang ‘terlepas’ dari kepompong tanah jajahan sekolah masing2. Kalau ikutkan macam2 salah laku (tak kiralah delegasi mana sekalipun) ..bersabar2..urut dada!!sampai bila? akhirnya meletus juga kemarahan ku!!naik juga tangan ku ke muka salah seorang pelajar ku..hurm..bukan membenci cuma sekadar menasihati (walaupun keras sedikit caranya)..bukan sengaja tetapi dia yang ‘meminta’.

Image028 Lets…kita bercerita tentang perkampungan..ok, hari pertama sekadar taklimat dan penyesuaian pentas sahaja..yang penting..semasa taklimat ..tersebut dari mulut salah seorang pegawai tinggi Kementeria Pelajaran.."pasukan yang melanggar syarat pertandingan tidak akan dinilai dan ia sekadar persembahan sahaja"

Image031 Hari kedua dan ketiga ..penuh dengan persembahan setiap pasukan (16 semuanya) ..dimulakan oleh Pulau Pinang dengan teater Angin dan di akhiri dengan pementasan Titik-titik Perjuangan oleh tuan rumah Pahang!! Secara jujur..pementasan yang paling aku suka adalah Penunggu Pusaka oleh Sarawak..namun sayang pasukan ini sekadar membuat persembahan kerana telah melanggar syarat pertandingan dari aspek bilangan pelakon. Anugerah utama memang tidak lagi dipertandingan tapi masih ada harapan untuk anugerah sampingan..watak busu dalam cerita ini ada peluang yang cerah untuk merangkul anugerah serta sinografi pementasan ini paling grand bagi aku (terasa seperti pementasan di kampung budaya Sarawak jerk).Image035

Hari keempat.tiada agenda pertandingan sekadar lawatan semata2..kebetulan Pahang sedang menjadi tuan rumah pertandingan silat sedunia dan hari tersebut juga Pahangians bercuti meraikan Hari Keputeraan Sultan mereka..mak aiiii…memang bandar Kuantan sesak..dan kami semua juga tidak berfokus…penganjur seolah2 lost..bawa kami melawat namun tiada guide dan seolah2 mereka  pun tak pernah ke tempat tersebut!!takpelah.,.pandai2 sendiri la..ada gak peluang untuk beramah mesra dengan delegasi yang lain..masa ini la baru nak bertegur sapa ngan team Selangor (teater Angin gak - gaya broadway..aku suka ngan lagu2 mereka) then team kampang aku..huhuhu Perak (rapat ni ngan diaorg..anak2 buah aku pun tetiba jalan sama2 ngan team perak -teater Kerusi)Image032

Image038 Ok..malas nak ulas panjang2..hari terakhir ..Tuan Rumah di beri penghormatan mementaskan semula teater titik2 perjuangan meraka di hadapan VVIP..bagi aku pementasan semua ini (sekadar persembahan dan tidak lagi dinilai) adalah lebih baik berbanding pementasan mereka pada malam terakhir pertandingan.

DUP DAP DUP DAP..kencang ni dada aku ngan Bakri..keputusan akan diumumkan..yang penting sebelum pengumuman..masih tetap diingatkan syaratnya..maka keputusannya begini….Image037

Pelakon pembantu lelaki terbaik - watak Awan (teater Angin-  KL) …aku tak target pun..pasal suara pun tak kuar sangat..hurm takpelah rezeki namun tetap gembira..

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Watak Dang Anum ( teater Puteri Hang Lipo - Terengganu) no comment sbb tak tengok..masa pementasan meraka kami sedang bersiap..Image041

Pelakon Lelaki Terbaik -  watak Pegawai (teater Titik-titik Perjuangan - Pahang) dah boleh agak..bagi aku kalau dia tak menang..watak Busu (teater Penunggu Pusaka - Sarawak) atau Watak SeriSegala (teater Kerusi - Perak) akan menang..ketiga2nya natural sangat2 tapi emosi pegawai ini lebih jelas ..tak perlu ucapan sekadar melihat mimik muka kita telah tahu emosi yang dilontarkan.Image042

Image024 Pelakon Wanita Terbaik - Watak Puteri Hang Lipo (Teater tajuk yang sama - Terengganu) No coment sebab tak tengok tapi semua orang yang menonton pementasan yang dikatakan bosan ini dah mula pelik sbb pelakon ini punya tonasi yang sewarna dan lontaran suara yang langsung tak jelas (macam cakap dalam selibut-kata delegasi kelatan)..tetiba ralat juga aku sebab calon akhir untuk pelakon wanita terbaik cuma pemenang dan watak angin dari pementasan Angin-KL..dari awal lagi memang aku confident dengan Angin ni sbb dia tak lost…mimik mukanya kaya dan suaranya jelas!!dan ramai juga yang target Angin yang akan dapat Best Actress tapi…..

Sinografi Terbaik…tak perlu pertikaian..Sarawak!!

Pengarah Terbaik - Terengganu !! Nampaknya hint untuk pasukan terbaik telahpun diberi!!

Ketiga - Melaka (Titik-titik perjuangan) , Naib Johan KL (Angin), Johan Terengganu (Puteri Hang lipo)

Image044 CHOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII……….2 kali ini diingatkan bahawa pasukan yang melanggar syarat tidak akan dapat anugerah utama tetapi terengganu sah2 melanggar syarat pertandingan dari aspek bilangan pelakon ..kenapa Terengganu johan? kenapa tak nak bagi sarawak? walaupun mereka lebih bilangan pelakon tetapi pementasan meraka sangat mantap…

wahhhhhhhh…mari semua mari..semua bengang ni..mula lah cikgu2 berkumpul dan bergossip sesama sendiri..kami semua tak puas hati kerana perkara asas yang diingatkan berkali2 tidak diikut!!tak adil..

Seorang demi seorang kami jumpa namun tiada jawapan yang pasti..akhirnya semua kami naik bas dan menuju ke destinasi masing2 sambil berjanji akan menuntut keadilan..perkara ini akan dipanjangkan..akan kami bawa ke pihak tetinggi..kesian pelajar..terpaksa korbankan cuti raya untuk balik berlatih..terpaksa korban masa peperiksaan di sekolah untuk hadir ke perkampungan tapi akhirnya usaha mereka sia2..kemenangan pada pasukan yang tidak berhak!!

kenapa perlu dibuat peraturan? kononnya peraturan dicipta untuk menafikan kekalutan tapi akhirnya..penafian peraturan itu yang mencipta kekalutan!!ahhhhhhh

tapi apalah kami semua ni ..sekadar cikgu!!suara kami sape nak dengar? bak kata TUTA dalam pementasan KERUSI.."keadilan adalah apabila buah-buah timun disusun dan diatasnya disusun pula buah durian"

Dugaan Ramadhan…

September 30th, 2007 by azeraiazmi

Semenjak dua menjak ni rasa boring nak up date blog..ye arr..aku tak tahu la nape ngan friendster nih..ader je masalah..tekan ikon lain tetiba lain yang kuar atau log out dengan sendirinya…lagipun posa beb..baik aku rehat jek kat atas katil (tapi setakat ni..belum sempat aku tido petang walaupun di hujung minggu!!!)

Ohya, ni mungkin dugaan aku di bulan posa kot..tension aku..citenya ttg polemik kat sekolah aku ler…aku KP Sains kat sekolah so merangkap la SU Unit ETEMS..then dah dekat hujung tahun ni kan..apa lagi..banyak la keje menimbun..pihak Jabatan Pendidikan telah bekalkan set ujian diagnostik untuk murid2 batch pertama yang bakal duduki ujian mereka dalam BI..bayangkan sekolah aku ada 8 kelas setiap darjah..then setiap kelas ada 40 orang murid..setiap murid kena duduki 11 set ujian dan setiap set ada 7 konstruk yang di uji dengan 40 soalan setiap satu..pergh..tak gile ke? then aku kena hantar data sebelum cuti raya ni..makk aiii.. nak semak paper ujian bulanan lagi.. nak semak data keputusan ujian bulanan bg subjek sains setiap kelas lagi..nak siapkan data2 PATS lagi..tu tak masuk nak wat kiraan HEAD COUNT lagi..mati la aku!! kadang2 aku rasa ..aku ni kerani dalam bidang pendidikan..bukan lagi cikgu sebab kerja2 pengkeranian lagi banyak berbanding mengajar…

Ohya, alkisahnya aku ni terpaksa la ke kedai photostat luar untuk memperbanyak salinan soalan dan OMR ujian diagnostik tuh..Ya ALLAH..dah la terpaksa tunggu dua hari untuk siapkan semua yang aku minta..(mmg banyak pun..tp lembab laaaaa) then ms g ambik tu..kedai ni silap la pulak…tak pasal aku terpaksa menjawab ngan CC sek aku ..mujurlah kepetahan bicara telah ALLAH kurniakan..maka aku berbincang (dalam keadaan yang tegang..) akhirnya tokeh kedai photostat tu terpaksa akur dengan kesilapan diaorg dan tidak menuntut bayaran daripada pihak aku (akur? ye la sangat…!!!)

Satu bab dah settle…then aku punmengangkat semua set soalan tu dan menghadap rebab (chissss!!! ingat aku kuli?) cikgu2 mate n sains yang lain..then aku pun briefing ler…keji..celaka…mmg aku mencarut pas tu..mana taknya…time aku briefing..sibuk bercerita ttg juadah berbuka dan siap tukar2 resepi nih!!nak jadi cite..silap ambik OMR…sbb JPS dan peruntukkan OMR yang berbeza utk setiap set soalan sbb setiap set tak sama kontruknya!! maka mengamuklah aku…apa lagi…semua benda yang tak elok pun kuar la dari mulut aku…then cikgu yang bersembang di belakang dan bertukar2 resepi tu pun terasa hati dan tak tegur aku..lantak korang lak..aku tak hidup kerana puji dan tak mati kerana keji…sial!!

Selamat Tinggal Sayang…

September 22nd, 2007 by azeraiazmi

Mh_01_small Aku tidak pernah kenal..apatah lagi mempunyai talian darah dengan insan kerdil yang telahpun di beri nama ketika kelahirannya sebagai NURIN JAZLIN oleh bapanya, seorang pemandu teksi Jazimin Abdul Jalil dan ibunya Norazian Bistaman..Namun mungkin kerjayaku yang dekat dengan kanak2 seusia ‘Kak Ngah’ ini membuatkan aku rapat dengan cerita2 yang dihidangkan di dada2 akhbar mahupun di skrin televisyen tentang kehilangannya sejak 20 Ogos yang lalu..

Umum telahpun tahu..usaha demi usaha,ikhtiar demi ikhtiar telah dilakukan..baik oleh pihak keluarganya mahupun pihak berkuasa yang bertanggungjawab..namun semuanya menemui jalan buntu..doa demi doa dipanjatkan agar ALLAH mencipta keajaiban seperti kes Adik Yin yang ditemui semula dalam keadaan selamat..Mh_01_big 

Namun, luluh hati seorang bapa..hancur perasaan seorang ibu dan merintih aku sebagai seorang guru (walaupun bukan guru kepada Nurin) pabila Ujian DNA telah mengesahkan kanak2 yang ditemui mati dengan keadaan yang amat menyedihkan (SETAN PEMBUNUH YANG BERHATI BINATANG INI..KEJI!!LAHANAT!!) di Petaling Jaya merupakan Kak Ngah yang dinanti2 kepulangan oleh keluarganya sejak sebulan..Mainpix 

Rasanya tak perlu aku ulas lagi bagaimana keadaan kanak2 malang ini..sangat memilukan..Jenazah Allahyarham, yang siap dimandi dan dikafan, dibawa keluar dengan sebuah van jenazah dari HKL jam 11.20 pagi ke Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju dan diturunkan ke liang lahad Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Wangsa Maju, selepas solat Jumaat (210907) jam 2.20 petang.

Mainpix2 Sebak aku mengenangkan Nurin, umum menyalahkan Ibu bapanya kerana membiarkan puteri kedua mereka ini berjalan seorang diri ke pasar malam namun aku yang mungkin seperti kanak2 malang ini, dibesarkan dalam keadaan keluarga yang tidak berada tidak meletakkan bebanana kesalahan itu sepenuhnya ke atas pundah kedua mereka..mungkin sudah biasa kak ngah berdikari..yang patut kita salahkan adalah kita..jiran tetanga di situ..takkanlah seramai2 umat manusia di pasar malam itu. .tidak ada seorangpun yang kisahkan kak ngah? Tidak ada belaskah di hati binatang yang menculik Kak Ngah? Sedangkan haiwanpun sayangkan anaknya?

Mainpix3 Ya ALLAH..tidak ada apa yang mampu kami lakukan..menangis air mata darah sekalipun..Nurin tetap tersenyum di sisiMU!!Kepada semua kawan-kawan,baik yang menyenangi atau mungkin membenciku sekalipun..aku menyeru lupakan seketika mazhab pemikiran kita ..sama2 kita sedekahkan secebis bacaan ayat suci pada Kak Ngah..AL FATIHAH

Akhirnya….

September 17th, 2007 by azeraiazmi
From : Dr. Halimatun Yaakub <hali@agri.upm.edu.my>
Reply-To : <hali@agri.upm.edu.my>
Sent : Thursday, September 13, 2007 9:05 AM
To : "’azerai azmi’" <azeraia@hotmail.com>
Subject : RE: Selamat berpuasa
Go to previous message | Go to next message | Delete | Inbox

Assalammualaikum

Selamat berpuasa juga diucapkan untuk Azerai.  Saya sekarang telah pun menyuruh Puan Rosmina translate thesis Azerai, kalau tak ada halangan saya akan terbitkan dalam Malaysian Journal of Animal ScienceCuma terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki.  Kalau dah diterbitkan saya kan beritahulah nanti.

Bagaimana Azerai sekarang?kerja dimana,?dengar kata dah jadi Guru setelah berhenti kerja di ladang yang saya rekomenkan dulu… 

Salam

"Seperti bintang AF yang menunggu lama terbitnya album masing2..begitu juga aku..begitu lama aku tunggu untuk tulisan thesis aku diterbitkan dalam journal sains haiwan..dan..setelah giliran rakan2 yang lain telahpun berlalu..kini giliran aku..walaupun ayat bekas penyelia aku menunjukkan tiada konfirmasi tentang terbitan itu namun ada usaha telah menunjukkan ada peluang bagi aku..mana tahu Ramadhan kali ini mengundang berita gembira yang sudah lama aku nantikan itu…aminnnnnnnn"