kita terus terseksa!!!

Kita tak boleh emosi hadapi harga minyak

KENAIKAN harga minyak secara mendadak agak mengejutkan dan ini pasti akan memberi kesan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bayangkan, orang ramai yang bersesak di stesen minyak beberapa jam selepas pengumuman itu lewat petang semalam, kebanyakannya mengeluh.

Namun, kita semua harus rasional kerana fenomena kenaikan harga minyak itu berlaku di seluruh dunia. Jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, kerajaan terpaksa menanggung beban dalam bentuk subsidi yang dijangka melebihi RM50 bilion pada tahun ini.

Gambar_587 Apa yang kita harapkan rakyat bersabar dan tidak melakukan perkara yang boleh mencetus huru-hara. Minggu lalu saya berada di Jakarta dan Bandung. Apabila Kerajaan Indonesia menaikkan harga bahan api itu, setiap hari mahasiswa universiti mengadakan tunjuk perasaan hingga mengganggu pergerakan trafik.

Diharapkan insiden seperti ini tidak berlaku di negara kita meskipun demonstrasi bukan yang luar biasa terutama pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di penjara.

Kita masih bernasib baik kerana kerajaan bermurah hati memberi bayaran tunai kepada pemilik kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal bagi mengurangkan bebanan. Ini langkah baik dan diharap beberapa langkah lagi diumumkan menjelang Ogos ini apabila harga minyak diapungkan berdasarkan harga pada peringkat global. Gambar_608

Dalam pada itu juga kita berharap peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati seperti berlaku apabila kerajaan kali terakhir menaikkan harga minyak pada Februari 2006.

Diharapkan pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membuat pemeriksaan dan pemantauan lebih rapi. Ini sajalah cara berkesan bagi membendung tindakan tidak bertanggungjawab peniaga.

Jika kita lihat di seluruh dunia atau tonton saja berita dunia di TV1 setiap malam, akan ada krisis hingga rakyat di sesetengah negara mogok kerana harga makanan dan minyak naik. Kerajaan negara mereka bagaikan hilang arah bagaimana menangani masalah itu, menyebabkan rakyatnya mengamuk.
Gambar_609
Kita harap orang ramai khususnya pembangkang tidak menghasut rakyat berdemonstrasi kerana harga minyak naik. Kita harus sama-sama menjelaskan keadaan sebenar bahawa kenaikan itu tidak boleh dielak kerana berlaku di seluruh dunia.

Tidak ada kerajaan di mana-mana negara mahu menyeksakan hidup rakyatnya tetapi apabila fenomena seperti kenaikan harga minyak dan makanan global, ia perlu dihadapi dengan penuh tabah dan bijaksana

- kat atas ni merupakan surat dari pembaca yang aku upload dari bharian.online..jgn emosi pesan si penulis namun aku yakin penulis ini merupakan mereka2 yang berada dalam golongan elit..lihat saja lah beliau bercerita tentang lawatan (atau mungkin saya melancong) ke Indonesia, kalau yang biasa2 mcm kita ni, nak ke sarawak pun siap menabung berbulan2…huhuhuhu

mmg la penulis ini berpesan jgn emosi (dan pasti beliau sendiri tidak akan beremosi) sbb beliau lebih daripada mampu untuk menanggung kos kenaikkan ni..bayangkan mereka2 yang anak ramai dengan gaji yang ala kadar seperti apa yg aku perolehi skg dengan keadaan nak menanggung kos2 yang lain seperti pendidikan (yg kononnya percuma tapi..janji kosong jek!!!), perbelanjaan harian, makan minum, bil elektrik, air dan sebagainya..fuhhhhhhh..terduduk jugak la…

lepas ni harus tambang kenderaan awam (termasuk bas sekolah) akan naik malah roti canai kat mapeley pun bakal naik (walaupun tepung ada subsidi dan dijangka tidak akan naik) namun kalau diambil kira kos pengangkutan peniaga tu maka akhirnya barangan akan naik gak…

memangla penstrukturan semula ini akan ‘memulangkan’ wang sebanyak RM625/setahun bagi pemilik kenderaan berkereta sehingga 2000cc dan RM150/setahun bagi pemilik motosikal sehingga 250cc namun adakah jumlah tersebut cukup untuk menampung kos yang telah kita keluarkan?

Pesan PM..rakyat Malaysia jgn berdemostrasi tapi ubah cara idup..baiklah,ikut sarana PM ok..kita berbasikal ke tempat kerja dan bersarapanan (kalau boleh makan tengahari dan malam juga) dengan hanya beberapa keping biskut kering…

mlm menjelang detik 12.00 malam sebelum meter minyak ditukar dari RM1.92/liter kepada RM 2.70/liter semua stesen minyak di seluruh negara sesak bagaikan ada pesta dan lebih malang lagi, ada dibeberapa tempat stesen minyaknya ditutup kononnya bekalan minyak sudahpun abis (alahhhh..tektik..tepat jam 12.00 buka balik..nak untung lebih!!)..kalau lah aku perdana menteri malaysia..sudah pasti air mata akan mengalir di pipi ni..sedih lihat rakyat..tapi apakan daya aku cuma bilis yang juga sama2 menderita bersama kalian..

Leave a Reply