berseni vs tak berseni
Tuesday, June 17th, 2008bersawang dah blog ni, lama aku tak menulis..mungkin takde yang menarik untuk aku kongsikan bersama..lagipun aku tak lah dikurniakan olehNYA bakat semulajadi untuk menjadi seorang penulis…tetiba ilham untuk menulis datang ketika aku diserang rasa bersalah dan sedih!
begini, aku yang kalian kenal hanyalah seorang yang menumpang kasih dengan kwn2 jadi pada mereka inilah aku bermanja pada mereka ini jugalah aku mengadu segala derita dan bahagia!!! alkisahnya aku ingin kongsi kebahagian yang kwn aku miliki, dia yang merupakan seorang bekas wartawan yang agak bagus penulisannya memang aku kagumi- baik ketika memberi pendapat, ketika menganalisa butir bicara rakan2 ataupun ketika bergurau (yang bukan gurauan kosong namun disampaikan dalam kata2 yang cukup rencah logik dan ilmunya!!)
kwn ku ni walaupun sudah tidak lagi bergelar wartawan namun masih mendapat perhatian daripada beberapa tokoh ternama untuk menjadi penulis buku biografi mereka termasuklah salah seorang CEO di salah sebuah pasaraya terkemuka di tanah air kita..kwn aku ni telah mendapat kepercayaan untuk menulis biografi CEO tersebut namun projek tersebut telah tertangguh seketika.
Baru2 ini, khabarnya CEO tersebut menghubungi kwnku kembali untuk menyambung semula projek penulisan tersebut, sebagai tanda berkongsi khabar gembira yang diterimanya aku dalam nada nasihat meminta agar dia menulis lebih tekun agar projek ni akan menjadi masterpiece bg mendapatkan projek2 mega penulisan yang lain..namun katanya, dia perlukan masa sebab penulisan ini penulisan seni katanya…aku kata eh, seni ke?rasanya aku tahu membezakan penulisan berseni atau tidak..rasanya biografi taklah berseni (walaupun penulisan itu sendiri adalah seni namun bg aku penulisan seni adalah apabila ia melibatkan metafora yang tinggi sebagai contoh novel hartini aziz afkar)
Namun, tak sangka pula ayat aku "rasanya aku tahu membezakan penulisan berseni atau tidak" telah mencetuskan rasa marah dan tak puas hati kwn aku ni…tetiba air mukanya berubah dan nada suaranya juga agak tinggi tanda protes tidak berpuas hati dengan ayat aku..
niatku satu seperti yang aku katakan pada hijab entry ini, "menulis lebih tekun agar projek ni akan menjadi masterpiece bg mendapatkan projek2 mega penulisan yang lain" namun tidak disangka pula pabila ayat seni vs tak seni itu dikeluarkan aku pula yang disalahkan …sampaikan ada ayatnya yang betul2 menguris perasaan aku "ayat ko tuh..semacam..macam..ntahlah..ye lah ko kan budak debat!!!!!!" aku tak tahu kenapa aku memang cepat tersentuh bila mana nama debat ini disalahkan untuk menunding kesilapan aku!!semua org tahu, dari kecil aku tak pernah dapat kasih sayang..dari kecil aku sukar bernafas di ruang kehidupan yang seolah-olah mati untuk aku lalui..namun dunia debatlah yang memberikan aku kasih sayang dan dunia ini jugalah adalah nyawa dan udara untuk aku terus tertawa!!!memang benarlah-orang seni ini jiwanya juga seni (dibaca: halus).
terus aku menghadap lap top dan menaip entry ini, bertubi2 aku diserang rasa bersalah..manalah tahu kalau2 lepas ini lunturnya semangat kwn aku untuk terus menulis dengan kata2 aku yang tak berbakat menulis ini juga rasa kecewa dan sedih kerana aku dituduh lancang sedangkan niatku hanya satu untuk melihat kegemilangan namanya suatu hari nanti…mungkin aku patut mendamkan diri…"ingat kita org susah,jgn kita campur urusan orang lain..kalaupun kita ingin membantu ..apa yang kita ada?nanti kita juga yang dihina" tetiba pesanan mak tergiang di telinga!!!mak..abg, dah rasa mak!!abg sedih sangat..mak!!!!


