Patutlah rakyat Malaysia bersuara!!!

Aku dihujani masalah satu persatu, dalam sibuk menyiapkan proposal thesis yang dah cukup memeningkan kepala aku ni tiba2 aku dipaksa untuk memikirkan masalah yang tak pernah pun terlintas di fikiran aku untuk berlaku..

Biar aku ceritakan masalah ini dan kemudian kalian nilailah sendiri..bagi aku ni antara punca rakyat malaysia mula bersuara dengan merombak besar2an dalam memilih pemimpin negara.

untuk pengetahuan semua, aku ni graduan bioindustri di UPM dan kos aku ni hampir sama dengan bidang pertanian (memang kami berada di bwh fakulti pertanian dan belajar tentang sains tani) dan setelah bergraduat aku telah bekerja di ladang perternakan (sesuai dengan bidang pengkhususan aku iaitu sains haiwan) hampir setahun sebelum menjejaki bidang perguruan ni.

Ok lah, dalam bidang perguruan telah dijanjikan klasifikasi gaji yang berbeza untuk graduan pertanian, tapi masalahnya nama kos aku bukan bacelor pertanian tapi bacelor bioindustri..mulalah timbul persoalan bagi pihak JPA untuk memberikan pengiktirafan, aku mmg heran la sbb dalam transkip aku tercatat semua subjek aku yang rata2 ada tercatit perkataan pertanian malah UPM sendiri telah mengeluarkan surat menyatakan bahawa bacelor bioindustri ini setaraf dengan bacelor pertanian.

Hurm, setelah beberapa kali aku panjat tangga JPA untuk berurusan tentang pengiktirafan aku tu akhirnya pada 3 mac 2006 JPA mengiktiraf bacelor bioindustri setaraf dengan bacelor pertanian. Semua graduan bioindustri dan bakal graduan akan menerima keistimewaan di atas pengiktirafan tersebut

Pada 6 Oktober 2006 surat pengiktirafan tersebut pun dikeluarkan ke atas nama ku dan setelah SPP menerima surat tersebut maka gaji aku pun diselaraskan mengikut tangga gaji klasifikasi pertanian mulai 10 Oktober 2006, maka aku pun menerima lah back dated gaji baru ni mulai 3.1.2005.

Setelah hampir 4 tahun aku menerima pelarasan gaji baru ini tiba2 SPP menghantar surat untuk menurunkan semula gaji aku ke tangga asal dengan alasan aku graduan tahun 2003 sedangkan pengiktirafan hanya diberi pada tahun 2006. aku juga diarahkan untuk membayar semula semua lebihan gaji yang  telah aku terima sepanjang 4 tahun bekerja ini secara lump sum!!

Astaqfirullah, terduduk aku menerima surat dari SPP tu tapi aku tak terus melatah, aku terus menghubungi pegawai di bahagian akademik UPM, hurm..jawapannya mmg lah pro pada aku..memang aku terlibat dan berhak mendapat pengiktirafan tersebut sebab kalau diikutkan pada JPA pengiktirafan tersebut melibatkan graduan dan bakal graduan.

JPA juga bersetuju dengan dengan penjelasan Bahagian Akademik UPM tersebut..Namun keputusan akhirnya tetap pada SPP..bila merujuk kembali kepada SPP katanya pengiktifan tersebut tidak melibatkan graduan bioindustri atau pertanian yang bekerja sebagai PPP Siswazah…

hah peliknya, sedangkan semasa mengisi borang untuk perlantikan dulu mmg ada klasifikasi graduan pertanian (atau kos yang setaraf)dah tu statement SPP ini berbeza-beza…

1.Dalam borang secara on9 untuk perlantikan ada klasifikasi tu tapi tetiba kata kami tak terlibat sedangkan borang tu khas untuk PPP yang nak g interview.

2. Mula2 kata downgrade gaji aku disebabkan oleh tahun aku bergraduat adalah lebih awal berbanding tahun pengiktirafan tapi bila aku merujuk kepada UPM dan JPA, mulalah SPP menukar statement kata aku bukan keje dalam bidang pertanian..

aku nak statement yang kukuh bukan berdolak dalih ni..dalam masa yang sama aku tak puas hati gak dengan SPP ni ..tak buat kerja ..kalau betul dia buat keje..kenapa surat untuk arahan pelarasan baru gaji aku tu bertarikh 10 OKTOBER iaitu 4 hari selepas surat pengiktirafan dari JPA dikeluarkan.  masa tu kenapa tak nak kaji tarikh bergraduat aku dan sebagainya? baru sekarang nak buat semakan..

tau tak…ini kes nya dah takde duit la tu nak bayar..mungkin la kan..yang tertindas sape? kita la kan yang bilis ni..fine aku akan berikhtiar bayar balik duit tersebut  (walaupun kes aku lebih kukuh berbanding kes SPP) tapi sedikit pun aku tak halalkan apa yang SPP buat..jujurnya aku jadi tak ikhlas pulak nak keje..

nak upgrade bidang profesion perguruan konon tapi apa yang klorang buat pada cikgu?

sudahlah..mcm ni rupanya penjawat jwtan awam yang tinggi bekerja..patutlah rakyat malaysia bersuara..patutlah gelombang tsunami pilihanraya melanda..DAN PATUTLAH ADA RAMALAN-5 TAHUN LAGI KITA TUKAR TAMPUK KEPIMPINAN!!!!!!Apapun aku doakan takde lagi sesiapa yang tertindas seperti apa yang aku lalui

Leave a Reply