Makin aku diuji makin aku disayangi..mungkin!!!!

Jadual harianku semakin padat, bukan setakat ke sekolah untuk mengajar bahkan aku juga terpaksa membahagikan masa untuk menyediakan keperluan anak2ku dan keperluan pengajianku sendiri..makin kuat pula semangatku untuk berkongsi kejayaan bersama mereka..kalau boleh biarlah mereka berjaya dengan cemerlang pada tahun ni then tahun depan kalau diizinkan tuhan aku pula yang akan menyusuli kejayaan mereka…aminnnnnn…mulai sekarang aku juga terpaksa melambatkan masa tidurku (walaupun akan terpaksa menjagakan diri pada waktu yang sama setiap hari-5.30pg..) kerana aku terpaksa membuat preparation untuk mengajar di salah sebuah kolej swasta di sekitar seremban 2 malah aku juga turut mengajar di salah sebuah pusat tuisyen juga di seremban 2…mengajar pasukan debat di salah sebuah sekolah berasrama penuh terpaksa aku hadkan kepada 2 jam seminggu sahaja..kerana kesuntukan waktu…

Aku suka..makin aku sibuk makin aku terlupa penderitaan penyakit yang aku alami..makin masa berputar laju makin aku terlenyap dari ingatan sejarah2 silam yang perit untuk aku kenang!!! bila aku nak rehat? hurm..masa tidur yang dilewatkan tu la satu2nya masa rehatku…ye lah, hari ahad pun aku sibuk dengan urusan di pusat tuisyen dan kadang kala aku akan ke kuala lumpur untuk berurusan dengan klien yang melabur dengan CIMB WEALTH!!(iklan jap..last year dividen yang dibayar pada pelabur adalah 49.2%..sape yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau nak melabur bolehlah menghubungi aku yer)

Hari ni semua orang mungkin menyambut hari kekasih..masa ni lah semua akan cuba menunjukkan betapa sayang mereka pada pasangan masing2..aku? dah hampir 6 tahun aku terlupa tarikh ni..alahhhhhhh kasih sayang?apa tuh?dari kecil tak pernah pun aku rasa?tak tersentuh pun dek jiwa aku yang kosong nihhhhh…oklah, bukan penting pun valentine ni bagi aku (jujur..aku sunyi kadang2 tuh..mungkin sudah tibanya masanya untuk aku berkawin..namun sapelah nak aku nih!!!) yang pasti termasuk tarikh berkasih sayang ni dah 4 hari aku hilang suara..kalau nak bercakap pun..peritttt sangat nak kuarkan suara..aku diberi MC tapi..demi kasih sayang aku pada anak2 aku..aku tetap ke sekolah..cakaplah juga…mujur ada teknologi ICT leh la bantu aku untuk mengajar time2 mcm ni..

ntahlah…tetiba aku menangis tadi semasa mengajar di sebuah kelas nih..DEMI ALLAH…ni bukan propa…aku tetiba sebak dan menangis semahunya..ni kelas yang agak lembam ..aku gigih juga menjerit2 ngajar..aku nak sangat diaorg ni lulus..bukan apa..kebanyakkan dari mereka ni..anak org susah..bagi aku hanya ilmu yang dapat mengubah mereka sebab itu aku nakkkk sgt mereka lulus dan menjadi org yang berguna yang mampu untuk membantu keluarga mereka..tapiiii..dah la aku seksa nak bercakap..depa pulak diam jek…tak bagi respon..dah tu main2..aku tetiba diserang rasa kecewa dan takut untuk memikirkan masa depan mereka…terus satu perasaan lain ujud dalam jiwa aku..dan perasaan itu aku tafsirkan dengan air mata yang tetiba mengalir sambil mulut membebel menasihati mereka!!!

keluar dari kelas tu…mata masih merah dan tetiba telefon aku berdering..hurm..panggilan dari mak…sayup suara perempuan yang aku cintai itu kedengaran esak tangis…YA ALLAH…berita buruk.,…abg sulung aku kemalangan ketika memandu motosikal kuasa tinggi dan  dikatakan diserang angin ahmar hingga dia ditahan di hospital kerana dikuatiri lumpuh separuh badan…aku terduduk

aku tak berdaya untuk bangun…Ya ALLAH….besarnya dugaanmu..aku menangis lagi..ustazah siti eshah datang dan memujukku..katanya…‘azerai, lagi kuat ujian tuhan pada kita, lagi kuat kasih sayang dia pada kita, dia tahu azerai kuat..azerai mampu sebab tu dia uji..doakan kesejahteraan dan keselamatan abg azerai tu yer…akak akan turut sama mendoakan..cuma akak nak bagi tahu ni…tadi masa azerai mengajar kat kelas 6I akak nampak dan turut dengar apa yang azerai marah..akak terharu dik..akak turut sebak..adik betul2 mcm cikgu2 akak dulu..lembut hati adik ni…sudahlahh..pergi cuci muka..pergi sembahyang zuhur kat surau"…mungkin kerana kata2 ini dituturkan oleh seorang ustazah, hati aku menjadi lembut dan menurut saja perintah tuh!!…lepas berdoa aku tenang sedikit dan punya kekuatan untuk balik ke seramban…

ketika aku menulis entry ni…aku baru saja menelefon mak aku..abg aku dah dipindahkan ke hospital swasta atas permintaan company tempat dia bekerja, kata mak lagi..doktor sahkan dia berada di tahap awal dan ada harapan yang besar untuk pulih..ahhhh lega hati aku…ya Allah..kuatkan semangat aku ini…

Leave a Reply