haris dan hasril!!!

Jadual ahad pun pack!!!hurm, itulah kehidupan yang aku lalui sekarang!!!ok,aku nak berterima kasih sangat pada ORATOR UM sbb menjemput aku ke jamuan yang aku kira adalah untuk "merapatkan yang dekat dan meraikan yang bakal jauh"..sebesar hama pun aku mmg tak terlintas untuk hadir ke jamuan tersebut..bukan tak sudi…bukan ada apa2 alasan yang berkaitan hati cuma masa yang tak izinkan untuk aku pergi..namun, entah kenapa 2 nama terbit dalam hati terdetik di sanubari..HASRIL DAN HARIS..mungkin ramai yang dah kenal mereka berdua..tambah2 watak hasril yang aku rasa selalu terpacul di bibir menceritakan kehebatannya berdebat atau setidak2nya terbaca entry blog aku berkenaan beliau!! HUrm, aku rasa mungkin ini kali terakhir untuk akun jumpa mereka berduia sebelum kedua2nya berangkat ke jepun (haris-sambung belajar) dan korea (hasril-posting kat kedutaan sana) so lepas menyelesaikan semua kerja..aku pun bertolak dari rumah di seremban pada jam 10.00 malam..walaupun ketika aku sampai ke Yunkies Hut semuanya dah selesai mengisi perut..tapi aku tak kisah janjiaku dapat bersalam dan berpelukan dengan kedua2 yang bakal hilang dari pandangan mata aku buat sementara..bila sampai org pertama yang aku peluk adalah hasrill..2 kali kami berpelukan seolah2 terbit rasa sedih, sebak dalam dada aku..bukan mudah untuk melupakan sahabat susah senang dan sama2 menyimpan rahsia dan berkongsi rasa..then aku jumpa dengan din yang rasanya dah lama kami terpisah dek kedudukan geografi dan kekangan masa kerana sibuk dengan tugasan masing2..selain itu, seperti biasa yang datang menghampiriku..azizul (semarah mana pun aku pada dia-dia tetap teman penghibur kala lara), otel (sang diva lagenda yang aku sayangi), dayat (bakal mengegarkan persada debat),farhan & surizal(adik yang gigih berusaha-kini..telah mula meniti tangga untuk berjaya), john (dewa yang disembah..opsss), dyahid (rapper yang selamba) serta haris (humr..ntah bila lagi nak jumpa), yang lain2 sibuk dengan santapan masing2..mungkin tak nampak pada pandangan mereka tatkala aku tiba..(dah nak balik baru la ada yang menhampiri dan memelukku)tak lama aku disitu, pasal majlis dah nak habis..tapi aku rasa puas sebab dapat sampaikan sendiri kartu pada kedua2 mereka (murah tapi itulah luahan ikhlas aku sebagai sahabat)…aku rasa..sejauh manapun kita terpisah.tuahn pasti akan temukan kita..mungkin pada masa lain masing2 sudah berubah tapi sejarah takkan mengubah bahawa kita pernah bersama mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan!!buat hasril dan haris..5 kali sehari aku berdoa agar kalian berjaya dan sebagai sahabat, aku kat sini tetap terus akan mengingati dan menyayangi kalian!!

One Response to “haris dan hasril!!!”

  1. MAISARAH Says:

    abg azrai….nice to read ur bloq….

Leave a Reply