Archive for February, 2008

haris dan hasril!!!

Monday, February 18th, 2008

Jadual ahad pun pack!!!hurm, itulah kehidupan yang aku lalui sekarang!!!ok,aku nak berterima kasih sangat pada ORATOR UM sbb menjemput aku ke jamuan yang aku kira adalah untuk "merapatkan yang dekat dan meraikan yang bakal jauh"..sebesar hama pun aku mmg tak terlintas untuk hadir ke jamuan tersebut..bukan tak sudi…bukan ada apa2 alasan yang berkaitan hati cuma masa yang tak izinkan untuk aku pergi..namun, entah kenapa 2 nama terbit dalam hati terdetik di sanubari..HASRIL DAN HARIS..mungkin ramai yang dah kenal mereka berdua..tambah2 watak hasril yang aku rasa selalu terpacul di bibir menceritakan kehebatannya berdebat atau setidak2nya terbaca entry blog aku berkenaan beliau!! HUrm, aku rasa mungkin ini kali terakhir untuk akun jumpa mereka berduia sebelum kedua2nya berangkat ke jepun (haris-sambung belajar) dan korea (hasril-posting kat kedutaan sana) so lepas menyelesaikan semua kerja..aku pun bertolak dari rumah di seremban pada jam 10.00 malam..walaupun ketika aku sampai ke Yunkies Hut semuanya dah selesai mengisi perut..tapi aku tak kisah janjiaku dapat bersalam dan berpelukan dengan kedua2 yang bakal hilang dari pandangan mata aku buat sementara..bila sampai org pertama yang aku peluk adalah hasrill..2 kali kami berpelukan seolah2 terbit rasa sedih, sebak dalam dada aku..bukan mudah untuk melupakan sahabat susah senang dan sama2 menyimpan rahsia dan berkongsi rasa..then aku jumpa dengan din yang rasanya dah lama kami terpisah dek kedudukan geografi dan kekangan masa kerana sibuk dengan tugasan masing2..selain itu, seperti biasa yang datang menghampiriku..azizul (semarah mana pun aku pada dia-dia tetap teman penghibur kala lara), otel (sang diva lagenda yang aku sayangi), dayat (bakal mengegarkan persada debat),farhan & surizal(adik yang gigih berusaha-kini..telah mula meniti tangga untuk berjaya), john (dewa yang disembah..opsss), dyahid (rapper yang selamba) serta haris (humr..ntah bila lagi nak jumpa), yang lain2 sibuk dengan santapan masing2..mungkin tak nampak pada pandangan mereka tatkala aku tiba..(dah nak balik baru la ada yang menhampiri dan memelukku)tak lama aku disitu, pasal majlis dah nak habis..tapi aku rasa puas sebab dapat sampaikan sendiri kartu pada kedua2 mereka (murah tapi itulah luahan ikhlas aku sebagai sahabat)…aku rasa..sejauh manapun kita terpisah.tuahn pasti akan temukan kita..mungkin pada masa lain masing2 sudah berubah tapi sejarah takkan mengubah bahawa kita pernah bersama mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan!!buat hasril dan haris..5 kali sehari aku berdoa agar kalian berjaya dan sebagai sahabat, aku kat sini tetap terus akan mengingati dan menyayangi kalian!!

Makin aku diuji makin aku disayangi..mungkin!!!!

Friday, February 15th, 2008

Jadual harianku semakin padat, bukan setakat ke sekolah untuk mengajar bahkan aku juga terpaksa membahagikan masa untuk menyediakan keperluan anak2ku dan keperluan pengajianku sendiri..makin kuat pula semangatku untuk berkongsi kejayaan bersama mereka..kalau boleh biarlah mereka berjaya dengan cemerlang pada tahun ni then tahun depan kalau diizinkan tuhan aku pula yang akan menyusuli kejayaan mereka…aminnnnnn…mulai sekarang aku juga terpaksa melambatkan masa tidurku (walaupun akan terpaksa menjagakan diri pada waktu yang sama setiap hari-5.30pg..) kerana aku terpaksa membuat preparation untuk mengajar di salah sebuah kolej swasta di sekitar seremban 2 malah aku juga turut mengajar di salah sebuah pusat tuisyen juga di seremban 2…mengajar pasukan debat di salah sebuah sekolah berasrama penuh terpaksa aku hadkan kepada 2 jam seminggu sahaja..kerana kesuntukan waktu…

Aku suka..makin aku sibuk makin aku terlupa penderitaan penyakit yang aku alami..makin masa berputar laju makin aku terlenyap dari ingatan sejarah2 silam yang perit untuk aku kenang!!! bila aku nak rehat? hurm..masa tidur yang dilewatkan tu la satu2nya masa rehatku…ye lah, hari ahad pun aku sibuk dengan urusan di pusat tuisyen dan kadang kala aku akan ke kuala lumpur untuk berurusan dengan klien yang melabur dengan CIMB WEALTH!!(iklan jap..last year dividen yang dibayar pada pelabur adalah 49.2%..sape yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau nak melabur bolehlah menghubungi aku yer)

Hari ni semua orang mungkin menyambut hari kekasih..masa ni lah semua akan cuba menunjukkan betapa sayang mereka pada pasangan masing2..aku? dah hampir 6 tahun aku terlupa tarikh ni..alahhhhhhh kasih sayang?apa tuh?dari kecil tak pernah pun aku rasa?tak tersentuh pun dek jiwa aku yang kosong nihhhhh…oklah, bukan penting pun valentine ni bagi aku (jujur..aku sunyi kadang2 tuh..mungkin sudah tibanya masanya untuk aku berkawin..namun sapelah nak aku nih!!!) yang pasti termasuk tarikh berkasih sayang ni dah 4 hari aku hilang suara..kalau nak bercakap pun..peritttt sangat nak kuarkan suara..aku diberi MC tapi..demi kasih sayang aku pada anak2 aku..aku tetap ke sekolah..cakaplah juga…mujur ada teknologi ICT leh la bantu aku untuk mengajar time2 mcm ni..

ntahlah…tetiba aku menangis tadi semasa mengajar di sebuah kelas nih..DEMI ALLAH…ni bukan propa…aku tetiba sebak dan menangis semahunya..ni kelas yang agak lembam ..aku gigih juga menjerit2 ngajar..aku nak sangat diaorg ni lulus..bukan apa..kebanyakkan dari mereka ni..anak org susah..bagi aku hanya ilmu yang dapat mengubah mereka sebab itu aku nakkkk sgt mereka lulus dan menjadi org yang berguna yang mampu untuk membantu keluarga mereka..tapiiii..dah la aku seksa nak bercakap..depa pulak diam jek…tak bagi respon..dah tu main2..aku tetiba diserang rasa kecewa dan takut untuk memikirkan masa depan mereka…terus satu perasaan lain ujud dalam jiwa aku..dan perasaan itu aku tafsirkan dengan air mata yang tetiba mengalir sambil mulut membebel menasihati mereka!!!

keluar dari kelas tu…mata masih merah dan tetiba telefon aku berdering..hurm..panggilan dari mak…sayup suara perempuan yang aku cintai itu kedengaran esak tangis…YA ALLAH…berita buruk.,…abg sulung aku kemalangan ketika memandu motosikal kuasa tinggi dan  dikatakan diserang angin ahmar hingga dia ditahan di hospital kerana dikuatiri lumpuh separuh badan…aku terduduk

aku tak berdaya untuk bangun…Ya ALLAH….besarnya dugaanmu..aku menangis lagi..ustazah siti eshah datang dan memujukku..katanya…‘azerai, lagi kuat ujian tuhan pada kita, lagi kuat kasih sayang dia pada kita, dia tahu azerai kuat..azerai mampu sebab tu dia uji..doakan kesejahteraan dan keselamatan abg azerai tu yer…akak akan turut sama mendoakan..cuma akak nak bagi tahu ni…tadi masa azerai mengajar kat kelas 6I akak nampak dan turut dengar apa yang azerai marah..akak terharu dik..akak turut sebak..adik betul2 mcm cikgu2 akak dulu..lembut hati adik ni…sudahlahh..pergi cuci muka..pergi sembahyang zuhur kat surau"…mungkin kerana kata2 ini dituturkan oleh seorang ustazah, hati aku menjadi lembut dan menurut saja perintah tuh!!…lepas berdoa aku tenang sedikit dan punya kekuatan untuk balik ke seramban…

ketika aku menulis entry ni…aku baru saja menelefon mak aku..abg aku dah dipindahkan ke hospital swasta atas permintaan company tempat dia bekerja, kata mak lagi..doktor sahkan dia berada di tahap awal dan ada harapan yang besar untuk pulih..ahhhh lega hati aku…ya Allah..kuatkan semangat aku ini…

ASTAR’08 : aku patut tak sudikan diri

Friday, February 8th, 2008

hurm, umum tahu ttg pengajuran Debat ASTAR..kali ini aku terlibat secara langsung..sebagai ketua hakim gantian..saat akhir..banyak benda aku korbankan masa itu..discusion bersama coursemate..latiahn debat di SMSS..keje2 hakiki di sekolah..tapi apa yang aku dapat? cacian dan hinaan!!

kisahnya begini…aku ni sekadar sudikan diri untuk mengantikan orang lain untuk menjadi ketua hakim ASTAR tu walaupun aku tahu agak sukar untuk aku buat..ye la dengan bebanan part time student dan full time cikgu (tak termasuk part time2 lain untuk mencari duit bagi menampung kos pembedahan yang aku rancang nak buat laser kat hospital swasta…polisi aku tak cukup!!!) ……akhirnya banyak sgt yang aku terpaksa tanggung..kena maki sebab tak siapkan keje sekolah,tak siapkan asgment lagi then kena hina sebab penganjuran yang sikit kelam kabut sedangkan aku tak patut tanggung semua tuh…tobat tak nak ganti orang dah!!! maaf susah untuk aku ceritakan semua secara detail…nak cite tapi aku betul2 sedih tak ampu dah nak kenang dan tak nak ingat lagi kalau boleh!!!