Tahun Baru,Semangat baharu,rumah baharu…masalah baharu!!!!
Mungkin aku sudah terlewat untuk ucapakan selamat tahun baru 2008 buat semua namun bagi yang beragama islam aku ambil kesempatan ini untuk ucapakan selamat tahun baru mengikut kiraan kalendar Qamari..kebetulan hari ini cuti dan sedikit ruang dan masa aku perolehi untuk mengunjugi cc yang berhampiran ngan umah ni untuk on9 (setelah hampir 3 minggu tak on9- opssss..aku dah takde kemudahan internet kat rumah..kemudian kot!!)
2008..insyaAllah kalau aku dipanjangkan umur maka aku akan menjangkau usia 28 tahun pada 2 julai nanti..moga tuhan kurniakan aku umur yang panjang agar bisa untuk aku bersedia sebelum DIA mengutuskan malailat mencabut nyawaku!!hurm..tahun ini juga aku mampu untuk tersenyum melihat setiap sudut ruang rumah baharu ku yang aku hiasa sendiri mengikut citarasa dan impian yang aku simpan selama ini..walaupun hakikat ini rumah aku tp sebenarnya ruang nafas dalam rumah ini aku hadiahkan untuk bondaku yang tercinta..hurm..cukuplah kami sekelurga melalui keperitan hidup yang tak sudah2 mengundang episod air mata..biar bonda tersenyum bangga kali ini dengan aku walaupun sebenarnya semangat aku ini adalah pinjaman dari ketabahan wanita yang bergelar ‘mak’ kepada diriku sendiri..terima kasih kepada kawan2 yang telah aku anggap adik2 aku sendiri kerana sudi menghadiri majlis bacaan yassin dan mengunjungiku tanpa jemu..hurm,kalian benar2 membahagiakan..
Pada semua juga aku mengharapkan kalian mendoakan aku agar berjaya menamatkan pengajian sarjana yang baru saja aku mulakan di UM..kampus ibu kota ini benar2 menguatkan semangatku untuk menamatkan pengajian ini dengan cemerlang..bukan mudah untuk belajar semula setelah hampir 4 tahun meninggalkan zaman itu dan sitambah dengan kerja2 di sekolah yang membebankan serta tekanan dari pihak atas yang jelas benar kebenciannya bila mana aku menyambung pelajaran..moga dugaan ini aku lalui dengan tabah dan moga semangat ini istiqamah dalam hatiku sampai bila2..aminnn
sebenarnya aku benar2 buntu…memang aku rasakan pembukaan 2008 cukup membahagiakan..rumah baharu,azam baharu,semanagt baharu namun…masalah baharu yang menimpa juga cukup2 membebankan..aku terasa tertekan bila permohonan pertukaran ke negeri sembilan (lokasi rumah baharuku) tidak diluluskan..bukan calang2 ‘kabel’ aku gunakan namun..tetap hampa..biarlah..aku malas nak mengulas panjang..tetap tak dapat yang pasti org yang berjanji mungkin akan melupakan apa yang dijanjikan namun aku yang menanggungnya sahaja yang mengetahui betapa beratnya bebanan ini.yang pasti tiada langsung ucapan maaf kepada ku..marah..terhina..geram..semua bercampur baur namun bila difikirkan2 aku temui jawapan..’aku tiada tarikan’ untuk dijadikan modal pada janji2 yang ditaburkan itu..kwn tetap kwn namun aku terus terang katakan kali ini aku akan lebih berhati2 untuk menapis semua janji2 yang ditabur..takut merana lagi!!hurm namun mungkin tahun depan aku boleh mencuba lagi kot tp kali ini terpaksa la ‘menghulur’..huks..biasalah resmi org sekarang!!!!kwn pun tetap kena hulur barulah boleh janji itu menjadi pasti..lagipun org tua ku cuma ikan bilis bukan nya jerung yang boleh saja menelefon jerung yang lain dan automatik anaknya dapat bertukar ke negeri pilihan..sabarlah azerai…"SAYA YANG MENURUT PERINTAH" tapi sampai bila?sampai darah aku habis dihisap oleh "lintah"?…ok.
perjalana hidupku skg sikit berbeza..seawal 5.15 aku dah bangun..kemas rumah,mandi,solat dah bersiap untuk bertolak ke KL..then pas abis waktu sekolah,balik ke seremban dan berehat serta buat persedian untuk mengajar keesokkan harinya..then lepak tgk TV pas maghrib study then seawal jam 9.30 aku akan zzzzzz..itulah rutin hidupku ..setiap selasa dan sabtu lak aku akan lepak kat UM..kalau selasa dar jam 3 sampai 6 then sabtu dari jam 8-11 dan 2-5..penatttttt sgt tp aku berjanji satu hari nanti segala kepenatan ini akan berikan aku senyuman puas dan..kalau aku jadi jerung aku juga berjanji akan membantu bilis2 yang kesempitan kerana aku berasal dari ruang itu (namun jika aku tidak mampu untuk membantu atau memastikan jaminan terhadap pertolonganku itu aku sesekali tidak akan berjanji dan beri harapan)..TQ BUAT SEMUA YANG MEMBERI TEKANAN KERANA ITULAH YANG MENDEWASAKAN
January 12th, 2008 at 8:28 am
abg azrai…tabah kan hati..tekadkan semangat k….may allah bless u all of ur life…
p/s..umah abg azrai SGT cantik….
January 12th, 2008 at 10:56 am
ko mmg meletup nyah…semoga ko terus tabah..mak dengar pun dah penat apa lagi ko yang menempuhnya..tapi its still ok,at least ko dah pun ada rumah kan..gud lark nyah!