kesihatanku vs masa depan mereka
Friday, January 25th, 2008Hurm, aku dijangka akan menjalani pembedahan tonsil pada 14hb mac..hurm aku dah terbayang 2 bulan tanpa menelan nasi (atau makanan2 keras) cuma ais krim vanila la saje yang akan jadi makananku!!
aku rasa aku dah sedia sebab kadang kala aku dah tak larat menanggung sakit kalau tonsil ni bengkak..tapi semakin hampir masa untuk jalani pembedahan tu semakin menebal perasaan takut..bayangkan..kalaulah aku bedah juga, doktor jangka hampir 4 minggu aku akan rasa sakit untuk bercakap tapi…apa jadi pada kerjaku?aku makan gaji hasil dr mengajar tapi..aku sakit..tak boleh mengajar..macam mana nih? lagipun tahun ni merupakan upsr pertama subjek sains dan mate diuji dalam bahasa inggeris..aku pulak cikgu yang terlibat dengan projek Tun M ni..hurm…arhhhhhhh..aku makin keliru
mana yang patut aku dahulukan hah? kalaulah aku tak buat pembedahan maknanya aku akan tanggung semua sakit hampir setiap 3 bulan tapi kalau aku jalani pembedahan maknanya anak2 muridku terbiar? ya Allah..aku sayangkan mereka ni..aku nak mereka semua berjaya dan skor A dalam sains untuk UPSR tahun ni..
aku sanggup (walaupun pada asalnya terpaksa) berulang setiap hari untuk berjumpa mereka, mengajar mereka,melihat muka gembira mereka ketika mereka memahami pengajaranku..
aku sanggup adakan kelas tambahan ganti setiap malam selasa kerana kelas tambahan yang sepatutnya setiap hari sabtu tapi disebabkan aku tak dapat hadir ke sekolah setiap sabtu kerana aku menghadiri kelas di UM maka aku gantikan kelas tersebut setiap malam selasa.kebetulan aku tidur di KL setiap malam selasa..petang selasa aku ada kelas di UM.
aku rasa tuhan maha adil,kali ini aku akan dahulukan mereka juga…kesihatan aku? hurm..akan aku gadaikan,akan aku taruhkan demi kejayaan mereka..manalah tahu..mungkin aku akan berjaya lahirkan angkasawan masa depan?aku harap..pengorbanan dan taruhan aku kali ini akan mendatangkan hasil..harap tuhan balas dengan kejayaan mereka..mungkin juga, tuhan balas untuk kesihatan aku pulih dengan kuasanya!!aminnnnn
kali ini masa depan mereka lebih penting dari kesihatanku..hurm..pada mereka yang bergelar CIKGU..kalian semua faham kan kenapa tindakan aku sebegini..kita ni bilis cuma, dipandang enteng oleh semua org..bukan kerja yang boleh kaya..bukan kerja yang boleh glamour tp jgn sesekali mengalah..itu mmg tanggungjawab kita!!!
Ya ALLAH ya tuhanku..berilah kejayaan yang cemerlang buat anak2 muridku..aku halalkan segala ilmu yang aku curahkan pada mereka..berkatilah uasahaku ini dan berikan kejayan dalam pengajianku juga serta peliharalah kesihatanku,keluargaku seluruh umatmu di muka bumi ini..aminnnn