Wednesday, December 5th, 2007
Lamanya tak up date blog, akhirnya aku bangun dari ketiduran..huhuhu..banyak ni cite yang aku nak cite..ingat tak aku janji nak cite tentang Hati Malaya? hurm..hutang dulu erk..then aku gak nak cite pada semua ttg kejadian yang berlaku (mungkin ada dikalangan korang yang tak pernah terduga perkara ni) di sekolah beberapa hari sebelum cuti - budak berlagak nak jadi cicak man ..terjatuh dari syiling..then aku pun nak cite tentang kawan makan kawan- mcm ne perangai manusia ni-perah n guna kebaikan kita sepenuhnya then bile nak capai apa yang dihajatkan buang kita macam sampah (weeiiii…’bekas kawan’ hidup ko takkan senang la..aku tak halalkan duit aku pada ko!!) dan byk lagi ler (yang pasti takkan ada entry tentang persiapan aku kawin la…lalalalalalala)
cite aku tentang Royal Debate yang berlangsung baru2 ni kat UiTM..secara peribadi bagi aku ia meruapakan memory yang indah. (tapi mcm biasa masih ada yang kurang enak untuk di kenang)..apa indahnya? ni Royal pertama yang aku turun setelah hilang dari dunia debat ni (tak sesuai la…vakum debat..huhuhuhu) selama 5 tahun.Edisi terakhir yang aku sertai adalah Royal 2001 di UUM (tp di anjurkan pada Feb 2002 kerana menghormati kemangkatang Almarhum DYMM pada ketika itu, kemudian 2002 di UTM KLaku sekadar hadir di malam final sebagai penonton berkecuali di Dewan Muktamar Pusat Islam KL. 2003 (UPSI), 2004 (UMS), 2005 (UKM), 2006 (UNIMAS) dan 2007 di UiTM..aiyo, atas kertas je dah menjanjikan persaingan yang sengit dan dah menunjukkan kemeriahan pabila ini kali pertama pasukan utama dan muda (aku fokuskan pada bahasa melayu je tau…BI n Arab aku tak tahu ler..) masing2 diminta menghantar 2 pasukan.Ini bermakna setiap pasukan kenalah menghantar 4 pasukan..motif?
Aku juga mula mendapat semangat baru bila mana aku sudah "berani" untuk kembali rapat (aku ingin lupakan krisis itu)dengan sorang pegawai yang sebenarnya (jauh di sudut hati dia tetap aku sanjungi dr dulu sampai skrg) org yang bertanggungjawab membimbingku dlm debate ni..dia pernah dan sebenarnya masih lagi menjadi idola ku!!
jumpa kwn2 lama…dan baru (ada generasi alumni yang aku tak kenal sebab mereka muncul pd zaman gelap sebelum ‘kelahiran semula’ semangat debat dalam hidupku ni)
pada mata penjurian amaturku ini, UIA dengan barisan pendebat mereka yang berkualiti dan takkan abis untuk sekurang2nya 5 kali Royal daripada sekarang mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia ni..seolah2 mereka memberi amaran bahawa kebangkitan semula mereka maka nama besar seperti UM (Otel n Ali..terus berjuang tanpa konsultan anda!!), UiTM (ni pun sama..generasi pendebat mereka takkan abis), dan UKM (bukan sekadar menyelit je dah sekarang..memang memberi saingan yang sengit pada semua) serta juga universiti yang lain yang sebenarnya juga mampu membuat kejutan.
OKlah aku rasa semua orang dah tahu keputusan kan..lagipun among debator aku lah org yang paling lambat up date blog ttg Royal ni.aku nak komen pasal perkampungan Royal, majlis final, penyokong2 pasukan dan sebelum itu aku mohon maaf pada sape2 yang akan terasa dengan tulisan aku ni nanti.
Maaflah, aku rasa perkampungan debat kali ni sedikit kelam kabut sepanjang berada di sana aku pun pening, jawatankuasa pengajuran kata lain then kehendak jawatankuasa lain. then jemput peserta ramai2 tp setiap universiti cuma boleh menghantar 25 orang jek dalam dinner, tp bila dibantah baru membenarkan semua pendebat masuk ke dewan dinner. Begitu juga dengan pengumuman pasukan Top 8, pihak teknikal penghakiman (yang aku kira lebih berautoriti dalam hal ni) lain kehendaknya dengan penganjuran (aku kira bukan semua AJK nya tp kontradik ngan sorang jek tp hamba Allah ni berkuasa la) sebenarnya semua masalah ni kecil je tp sedikit sebanyak mencacatkan perjalanan perkampungan yang grand ni.. ha untuk pengetahuan semua, kami yang berada di meja jamuan hakim tersentap kerana telah dihalau oleh pekerja catering ,boleh tak kami di halau dengan kasara, macam ni bunyi ayatnya, "dah makan,blahla"..semua terkejut..memang ni bukan salah penganjur tp rasanya penganjur patut briefing siap2 pd caterer yang mereka tempah kenalah sediakan makanan dan perkhidmatan (termasuklah budi bahasa) yang terbaik dari segi kualiti.
hurm, pagi pertandingan aku ke Dewan Sri Budiman, aku agak terkejut bila melihat hiasan pentas yang aku rasa tak sesuai untuk pertandingan Royal yang prestij ni..aku rasa mcm melihat hiasan pentas final antra kolej kediaman jek. agak sedihlah kerana hilang prestij nya!!then majlis yang terlalu lewat hingga sebenarnya hilang mood pendebat!!
akhir sekali aku sekadar ingin menegur kepada penyokong2 (tidak kiralah dari IPT mana pun) jgn sesekali kita mengutuk atau mem ‘boo’ (mungkin menyebut perkatakaan ‘boing2′) semasa pendebat sedang berhujah..saya tahu anda ghairah dengan pasukan lagi satu tapi cuba kita fikir..kita yang menyokong ni pun pendebat juga bukan..letakkan diri kita di tempat pendebat yang kita kutuk itu..apa perasaan kita? debat bukan sekadar bertikam lidah,bertingkah akal fikiran dan fikirkan soal kemenangan tp ia juga soal persahabatan!! pada semua minta maaf andai ada yang terluka. dan buat ketiga2 adikku..Ali,Haris dan Otel-sebenarnya berada di pentas final adalah sudah terlalu baik untuk kalian memandangkan pelbagai masalah yang menimpa sebelum Royal berlangsung hingga mengganggu emosi hingga ada yang tersentap dan menangis namun kalian masih tetap berada di pentas itu!!