My name is Remy..
Sunday, November 4th, 2007Cop..nama aku still Azerai lor…cuma entry kali ni yang berkisar tentang Remy…Remy? sape tu? hurm..ramai yang tak kenal nama ni kan..tapi kalau sebut
Allahyarham Tan sri Dr. P. Ramlee semua orang tahu..kannn..tapi bukanlah cerita pasal arwah yang ingin aku coretkan tapi tentang Teater Muzikal P.Ramlee
yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya yang ingin aku ceritakan.
Ok, sebelum tu,nak luahkan la kesentapan aku..dah la masa pementasan Puteri Gunung Ledang tak dapat tiket dan perkara yang sama pun berlaku untuk pementasan P.Ramlee kali ni..dua2 dibawa oleh Infiniti Production (milik Datin Tiara-aku mula jatuh cinta lakonannya dalam filem Ringgit Kasorrga)..semua sbb kawan..aku ni jenis percaya kawan..ingatkan dia beli rupa2nya…chais..melepas lagi…so gigit jarilahhhhhh.
Namun memang telah tersurat aku tetap akan menonton (dan memberi standing oviation) teater maka tak sangka,kenalanku dari Melaka,seorang guru - Cikgu Chan yang berbangsa Baba Melaka telah menjualkan tiket anak muridnya yang tidak dapat menghadirkan diri mereka ke pementasan tersebut kepada aku (dan 3 kwnku yang lain).
YA ALLAH..Betoi ke ni!!bestnya…rasa mcm tak sabar nak tunggu 8.30 malam..ye arrr kali terakhir aku masuk ke Panggung
Sari semasa menonton pementasan Lantai T.Pinkie lakonan Nasha Aziz
(tapi jujur..lakonan Datin Tiara dan Erma Fatima
lebih KAW!!).
Dalam tak sabar2 tu sempat gak aku menjengah panggung wayang sambil sob sob sob menangis katanya
untuk filem 1957 Hati Malaya - komennya nanti ya..entry yang lain..
dan yang bestnya malam tu
sementara menunggu pementasan berlangsung ternampak
Shumi kat IB..uik rasa nak je g salam n ucap tahniah kat dia untuk Filem tuh..huhuhu…tapi malu…
Cepat
ambik tempat…dah nak start..dub dab dub dab tak sabar ni nak tgk…..
#Sean Ghazi (aku suke ngan keraktor dia-huhuhu dan CD lagu semalamnya juga selalu menamani aku ms tengah drive),
#Chadd (aku salah seorang peminat dia n mengundi dia masa Audition 1 dulu..huhuhu..tapi bukan rezeki
dia..rezeki Tria!!!), dan
# DATUK SITI..haiyo susah
sangat nak dapatkan dia berlakon..mcm2 alasannya tp akhirnya dia tunduk juga ngan tawaran Datin Tiara dan pernah aku terbaca statement Datuk Siti,lagu yang bakal dinyanyikan oleh ‘Azizah’ itu yang menambat hatinya untuk berlakon dalam produksi ini..
Dengan orkestra pimpinan ayah kepada Gita Gutawa ni harussss meletop kan..maka bermulalah…..sepanjang pementasan tak berkelip mata aku menonoton dan babak yang paling aku suka adalah ketika Ramlee dan Norizan menonton wayang filem pertama arahannya dimana Saloma turut menonton..pelakon2 duduk di kerusi ‘wayang’ di belakang tabir yang menayangkan filem Penarik Beca sambil spot kepada Ramlee+Norizan dan Saloma..mak aiiii..suke sangat..tak tahu kenapa tapi yang tahu..aku suka!!!
tak payah la aku ulas panjang2 (wartawan hiburan lebih arif untuk mengulasnya) cukup aku katanya…kalau diulang pementasan selepas ini aku akan pergi lagi…..tak rugi!!!!
tahniah buat semua terutamanya Sean Ghazi dan CHad serta Liza Hanim opssss..adik ‘Mukhsin’ gak serta yang lain2…….PUASSSSSSSSS