Sepanjang Perkampungan teater KOMSAS Kebangsaan

Image029 Bermula 21-25 Oktober yang lalu..pelakon2,tenaga produksi serta penasihat teater KOMSAS bagi setiap negeri termasuk 3 wilayah persekutuan telah berkampung di Taman Budaya Pahang yang terletak di Kuantan untuk bertanding bagi merebut kejuaraan sulung pertandingan ini..

Rasanya tidak sesuai la pulak untuk bergelar juara sulung sbb pertandingan ini merupakan kesinambungan pertandingan drama sekolah menengah yang sama prestijnya dengan pesta pantun (piala sireh pulang ke gagang) namun disebabkan masalah penajaan pertandingan drama ini telah dihentikan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1992. Setelah 15 tahun dihentikan kini ia muncul semula sesuai dengan peredaran semasa kerana silibus BM kini terselit Komponen Sastera (KOMSAS).Image022_1

Rasanya tak perlulah untuk aku ulas jadual harian perkampungan ini cukup aku katakan agak memenatkan untuk mengawal 10 orang pelajar yang ‘terlepas’ dari kepompong tanah jajahan sekolah masing2. Kalau ikutkan macam2 salah laku (tak kiralah delegasi mana sekalipun) ..bersabar2..urut dada!!sampai bila? akhirnya meletus juga kemarahan ku!!naik juga tangan ku ke muka salah seorang pelajar ku..hurm..bukan membenci cuma sekadar menasihati (walaupun keras sedikit caranya)..bukan sengaja tetapi dia yang ‘meminta’.

Image028 Lets…kita bercerita tentang perkampungan..ok, hari pertama sekadar taklimat dan penyesuaian pentas sahaja..yang penting..semasa taklimat ..tersebut dari mulut salah seorang pegawai tinggi Kementeria Pelajaran.."pasukan yang melanggar syarat pertandingan tidak akan dinilai dan ia sekadar persembahan sahaja"

Image031 Hari kedua dan ketiga ..penuh dengan persembahan setiap pasukan (16 semuanya) ..dimulakan oleh Pulau Pinang dengan teater Angin dan di akhiri dengan pementasan Titik-titik Perjuangan oleh tuan rumah Pahang!! Secara jujur..pementasan yang paling aku suka adalah Penunggu Pusaka oleh Sarawak..namun sayang pasukan ini sekadar membuat persembahan kerana telah melanggar syarat pertandingan dari aspek bilangan pelakon. Anugerah utama memang tidak lagi dipertandingan tapi masih ada harapan untuk anugerah sampingan..watak busu dalam cerita ini ada peluang yang cerah untuk merangkul anugerah serta sinografi pementasan ini paling grand bagi aku (terasa seperti pementasan di kampung budaya Sarawak jerk).Image035

Hari keempat.tiada agenda pertandingan sekadar lawatan semata2..kebetulan Pahang sedang menjadi tuan rumah pertandingan silat sedunia dan hari tersebut juga Pahangians bercuti meraikan Hari Keputeraan Sultan mereka..mak aiiii…memang bandar Kuantan sesak..dan kami semua juga tidak berfokus…penganjur seolah2 lost..bawa kami melawat namun tiada guide dan seolah2 mereka  pun tak pernah ke tempat tersebut!!takpelah.,.pandai2 sendiri la..ada gak peluang untuk beramah mesra dengan delegasi yang lain..masa ini la baru nak bertegur sapa ngan team Selangor (teater Angin gak - gaya broadway..aku suka ngan lagu2 mereka) then team kampang aku..huhuhu Perak (rapat ni ngan diaorg..anak2 buah aku pun tetiba jalan sama2 ngan team perak -teater Kerusi)Image032

Image038 Ok..malas nak ulas panjang2..hari terakhir ..Tuan Rumah di beri penghormatan mementaskan semula teater titik2 perjuangan meraka di hadapan VVIP..bagi aku pementasan semua ini (sekadar persembahan dan tidak lagi dinilai) adalah lebih baik berbanding pementasan mereka pada malam terakhir pertandingan.

DUP DAP DUP DAP..kencang ni dada aku ngan Bakri..keputusan akan diumumkan..yang penting sebelum pengumuman..masih tetap diingatkan syaratnya..maka keputusannya begini….Image037

Pelakon pembantu lelaki terbaik - watak Awan (teater Angin-  KL) …aku tak target pun..pasal suara pun tak kuar sangat..hurm takpelah rezeki namun tetap gembira..

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Watak Dang Anum ( teater Puteri Hang Lipo - Terengganu) no comment sbb tak tengok..masa pementasan meraka kami sedang bersiap..Image041

Pelakon Lelaki Terbaik -  watak Pegawai (teater Titik-titik Perjuangan - Pahang) dah boleh agak..bagi aku kalau dia tak menang..watak Busu (teater Penunggu Pusaka - Sarawak) atau Watak SeriSegala (teater Kerusi - Perak) akan menang..ketiga2nya natural sangat2 tapi emosi pegawai ini lebih jelas ..tak perlu ucapan sekadar melihat mimik muka kita telah tahu emosi yang dilontarkan.Image042

Image024 Pelakon Wanita Terbaik - Watak Puteri Hang Lipo (Teater tajuk yang sama - Terengganu) No coment sebab tak tengok tapi semua orang yang menonton pementasan yang dikatakan bosan ini dah mula pelik sbb pelakon ini punya tonasi yang sewarna dan lontaran suara yang langsung tak jelas (macam cakap dalam selibut-kata delegasi kelatan)..tetiba ralat juga aku sebab calon akhir untuk pelakon wanita terbaik cuma pemenang dan watak angin dari pementasan Angin-KL..dari awal lagi memang aku confident dengan Angin ni sbb dia tak lost…mimik mukanya kaya dan suaranya jelas!!dan ramai juga yang target Angin yang akan dapat Best Actress tapi…..

Sinografi Terbaik…tak perlu pertikaian..Sarawak!!

Pengarah Terbaik - Terengganu !! Nampaknya hint untuk pasukan terbaik telahpun diberi!!

Ketiga - Melaka (Titik-titik perjuangan) , Naib Johan KL (Angin), Johan Terengganu (Puteri Hang lipo)

Image044 CHOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII……….2 kali ini diingatkan bahawa pasukan yang melanggar syarat tidak akan dapat anugerah utama tetapi terengganu sah2 melanggar syarat pertandingan dari aspek bilangan pelakon ..kenapa Terengganu johan? kenapa tak nak bagi sarawak? walaupun mereka lebih bilangan pelakon tetapi pementasan meraka sangat mantap…

wahhhhhhhh…mari semua mari..semua bengang ni..mula lah cikgu2 berkumpul dan bergossip sesama sendiri..kami semua tak puas hati kerana perkara asas yang diingatkan berkali2 tidak diikut!!tak adil..

Seorang demi seorang kami jumpa namun tiada jawapan yang pasti..akhirnya semua kami naik bas dan menuju ke destinasi masing2 sambil berjanji akan menuntut keadilan..perkara ini akan dipanjangkan..akan kami bawa ke pihak tetinggi..kesian pelajar..terpaksa korbankan cuti raya untuk balik berlatih..terpaksa korban masa peperiksaan di sekolah untuk hadir ke perkampungan tapi akhirnya usaha mereka sia2..kemenangan pada pasukan yang tidak berhak!!

kenapa perlu dibuat peraturan? kononnya peraturan dicipta untuk menafikan kekalutan tapi akhirnya..penafian peraturan itu yang mencipta kekalutan!!ahhhhhhh

tapi apalah kami semua ni ..sekadar cikgu!!suara kami sape nak dengar? bak kata TUTA dalam pementasan KERUSI.."keadilan adalah apabila buah-buah timun disusun dan diatasnya disusun pula buah durian"

6 Responses to “Sepanjang Perkampungan teater KOMSAS Kebangsaan”

  1. Wipqjsim Says:

    nice blog, thanks
    buy diflucan

  2. laksamana cheng hoi Says:

    Tahniah untuk pasukan SMK Teknik Setapak KL. Johan pertandingan Drama KOMSAS BPR peringkat negeri 2008. Kejayaan dua tahun berturut-turut. Jadi, macam biasalah… Johan peringkat negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan.

    Dengar-dengar cerita, beberapa negeri yang lain juga telah menganjurkan pertandingan Drama KOMSAS BPR pada peringkat negeri 2008.
    Beberapa negeri telah menobatkan johan negeri untuk ke peringkat kebangsaan.

    Setelah persediaan dan latihan bersungguh-sungguh, malangnya, pada tahun 2008, tiba-tiba pecinta drama KOMSAS BPR dikejutkan dengan berita pertandingan Drama KOMSAS BPR kebangsaan 2008 DIBATALKAN!! Apa sudah jadi?

    Sekali lagi, kita terpaksa akur dengan kehendak penganjur.

    Hakikatnya, pertandingan ini merupakan pertandingan teater yang paling berprestij untuk pelajar sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Medan pelajar-pelajar untuk mencintai seni teater. Tidak dapat dinafikan bahawa pertandingan teater inilah yang paling berprestij pada pringkat sekolah menengah dari segi pengarahan, lakonan, rekaan set, props, hadiah, penghakiman (barisan hakim dalam kalangan aktivis teater yang gah), dan sebagainya.

    Persoalannya, kenapalah usaha murni ini dibatalkan pada tahun 2008, sedangkan pertandingan ini baru mula bernafas pada tahun 2007?

    Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengangkat martabat seni teater di sekolah-sekolah menengah? Tepuk dada tanyalah selera…

    Semoga ada pihak yang akan meleraikan kemelut ini demi menghidupkan seni teater di sekolah menengah yang bagaikan hidup segan mati tak mahu…

    Bukankah pepatah pernah berpesan, melentur aur biarlah dari rebungnya.

  3. tructVENNuate Says:

    click me

  4. Dtqqrjqh Says:

    Hey, i save funny photos
    here

  5. anakmuda Says:

    cg2….ape lah nk digossipkan.adat pertandingan laa menang kalah ni.nk di besar2kan pon xde gne nye.dah rezeki trganu mng 2007 nk wat camne.try again lah another yr.so childish.it’s not the end of the world brother

  6. iena Says:

    memang…!! arghhh…. *^&&UGH((IUKJ&^*^&(*
    dah belatih penat2, tiba2 peringkat kebangsaan tak jadi pulak.
    dah la 2minggu sebelum spm…fuhh~

Leave a Reply