Selamat Tinggal Sayang…

Mh_01_small Aku tidak pernah kenal..apatah lagi mempunyai talian darah dengan insan kerdil yang telahpun di beri nama ketika kelahirannya sebagai NURIN JAZLIN oleh bapanya, seorang pemandu teksi Jazimin Abdul Jalil dan ibunya Norazian Bistaman..Namun mungkin kerjayaku yang dekat dengan kanak2 seusia ‘Kak Ngah’ ini membuatkan aku rapat dengan cerita2 yang dihidangkan di dada2 akhbar mahupun di skrin televisyen tentang kehilangannya sejak 20 Ogos yang lalu..

Umum telahpun tahu..usaha demi usaha,ikhtiar demi ikhtiar telah dilakukan..baik oleh pihak keluarganya mahupun pihak berkuasa yang bertanggungjawab..namun semuanya menemui jalan buntu..doa demi doa dipanjatkan agar ALLAH mencipta keajaiban seperti kes Adik Yin yang ditemui semula dalam keadaan selamat..Mh_01_big 

Namun, luluh hati seorang bapa..hancur perasaan seorang ibu dan merintih aku sebagai seorang guru (walaupun bukan guru kepada Nurin) pabila Ujian DNA telah mengesahkan kanak2 yang ditemui mati dengan keadaan yang amat menyedihkan (SETAN PEMBUNUH YANG BERHATI BINATANG INI..KEJI!!LAHANAT!!) di Petaling Jaya merupakan Kak Ngah yang dinanti2 kepulangan oleh keluarganya sejak sebulan..Mainpix 

Rasanya tak perlu aku ulas lagi bagaimana keadaan kanak2 malang ini..sangat memilukan..Jenazah Allahyarham, yang siap dimandi dan dikafan, dibawa keluar dengan sebuah van jenazah dari HKL jam 11.20 pagi ke Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju dan diturunkan ke liang lahad Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Wangsa Maju, selepas solat Jumaat (210907) jam 2.20 petang.

Mainpix2 Sebak aku mengenangkan Nurin, umum menyalahkan Ibu bapanya kerana membiarkan puteri kedua mereka ini berjalan seorang diri ke pasar malam namun aku yang mungkin seperti kanak2 malang ini, dibesarkan dalam keadaan keluarga yang tidak berada tidak meletakkan bebanana kesalahan itu sepenuhnya ke atas pundah kedua mereka..mungkin sudah biasa kak ngah berdikari..yang patut kita salahkan adalah kita..jiran tetanga di situ..takkanlah seramai2 umat manusia di pasar malam itu. .tidak ada seorangpun yang kisahkan kak ngah? Tidak ada belaskah di hati binatang yang menculik Kak Ngah? Sedangkan haiwanpun sayangkan anaknya?

Mainpix3 Ya ALLAH..tidak ada apa yang mampu kami lakukan..menangis air mata darah sekalipun..Nurin tetap tersenyum di sisiMU!!Kepada semua kawan-kawan,baik yang menyenangi atau mungkin membenciku sekalipun..aku menyeru lupakan seketika mazhab pemikiran kita ..sama2 kita sedekahkan secebis bacaan ayat suci pada Kak Ngah..AL FATIHAH

One Response to “Selamat Tinggal Sayang…”

  1. zureen Says:

    :-)

Leave a Reply