“Angin….kau membawa…bahtera ku..” part 2
Hurm..aku pernah bisik pada Bakri..aku yakin dengan budak baru yang diserap ni..Watak Matahari..Farhan..tak banyak yang perlu di asuh..dia tidaklah dilahirkan dengan bakat tapi cepat belajar..tonasi+emosi+vokal..semua dia ada..cuma jangan laju ok!!!natural gak cuma kadangkal kerut2 muka dia tu nampak sikit choii la ..mati mood ler!!tapi dengan pakej yang dia ada..dia mampu g jauh..(adakah bakal pemantun+pembahas ketiga SMTSKL? Aku setuju…)
Angin..watak pengoda yang aku rasa belum sempurna namun ada nilai yang tersendiri di tangan Amalina ni…suara yang ala2 Siput Sarawak..lentok badan..mimik muka..pergh..serius aku suka..namun dia cepat lost..bila skrip org lain mulalah dia lost..dia hanya fokus pd skrip sendiri dan tidak menghiraukan emosinya ketika org lain berperanan..hurm..biasalah 1st timer tp aku tetap bg creadit pada dia..istimewanya dia..rajin dan tahu kehendak pengarah (aku dan bakri yer..bukan Muda..opsss)cuma aku tak suka make up dia masa pementasan..-full dress rehearsel aku suka laaa..sebab aku yang make up..opssss
Awan..watak ni bukan tempelan..berat sebenarnya..banyak menggunakan emosi dalaman yang hanya perlu dizahirkan pada raut wajah..namun asalnya jamal tak mampu bawa sebab teater memerlukan "pengzahiran yang besar" kalau tidak penonton tidak dapat merasakan lalu kami ubah watak ni..zahirkan emosinya melalui "add lips" yang tidaklah keterlaluan namun..miracle..di saat akhir..awan mampu memperkayakan mimik mukanya..cantik sangat!!serius..dia berjaya blend antara add lip resepi kami dengan emosi watak yang sebenar!!!cuma dia ni cepat gabra..tension aku!!!
Hujan..spastik!!sesuai dengan kitaran air yang menunjukkan hujan tidaklah sesempurna unsur alam yang lain..watak ini yang paling istimewa bagi aku..sebab aku memang terbayang penonjolan itu sewaktu mula membaca naskah angin..yang lebih menarik Amer mampu bawa..tak banyak yang mampu aku komen tentang Amer..dia ni "born with the talent" hanya arahkan terus dilakonkan dengan baik!!
Ribut..watak kecil tapi memberi impak yang BESAR..teringat aku watak awang gedik yang aku lakonkan dalam teater Dalam Balai Cinta di UPSI ..finalenya aku muncul dari belakang dewan buat org terkejut dan tergamam..hingga seluar aku terkoyak masa hari terakhir pementasan..kerana terjatuh betul2..huhuhu..begitu juga dengan Ribut di tangan Hazwan..dia hanya muncul satu babak sahaja tapi kemunculannya dari belakang membuatkan org terkejut dan ada yang menangis sebab takut dengan wajah dan jeritannya..walaupun pada mulanya aku selalu marah sebab dia ni tak serius tp mungkin dah tak tahan kena laser dengan aku..dia berubah dan memberikan rasa pada wataknya tapi aku rasa dia ni ada sikit masalah postur..suka sangat membongkok..sampai kadang kala suara dia tak berapa jelas..
Buta..ha..sesuai dengan manusia yang seolah2 "buta" dalam membuat pilihan dan membangkitkan amarah sampaikan kelima-lima unsur alam ini bertarung sesama sendiri dan membawa petaka pada bumi..natural acting dari Aizat..serius…bakat dia besar..seperti juga amer..dia hanya perlu diberi arahan dan .bagai magic..POOPPP!!apa yang kita nak tu pun jadi atas pentas cuma sayang wataknya terlalu kecil..sepatutnya dialah Matahari tapi..tak cukup gagah untuk watak tuh..tak pe..next teater ok!!
Perempuan di sebalik tabir.."manusia yang bersuara dari bumi" huhuhu..Farah punya tonasi yang bagus..dah tu TOne suara dia pun sedap didengar..suara rendah ke suara tinggi ke..semua kena..Bakri pula bijak eksploitasi suara dia..ada ketika dia berzapin..ada ketika dia merintih..ada ketika dia marah..pelbagai..hurm..tak perlu mimik muka sekadar mainkan tone suara jek dia dah mampu memahamkan audiens apa sebenarnya lontaran emosi dia ketika itu..
Menarik semuanya..Ha,jangan ler lupa kat Amelia+Fendi (ada skandal?)..opss..just nak cite..muka Fendi sebijik diri mcm azizul cuma tak booommm jek mcm badan azizul..adik kah?sampai aku panggil budak ni azizul..huhuhu..dua budak ni bekerja keras untuk senografi..mungkin mereka belum mahir lagi selok belok namun teknik pertukaran scene dengan lagu itu aku kagum gak..ditambah dengan muzik latar yang mereka mainkan juga sedikit sebanyak menyuntik emosi pada rakan2 pelakon mereka..
Pengarah atas kertas..Hisyam Muda..memang takde yang perkara yang aku boleh tulis tentang adik yang sorang ni sebab dia bersama kami di bawah pentas..jadi hanya yang berada di atas sahaja yang aku nampak..cuma..dia ni mamat minyak wangi..25 minit sekali sembur minyak wangi…boleh?huhuhu..tapi itulah karektor tuan director kita ni..
Sayang..setelah bersama mereka hampir dua minggu..aku tidak dapat hadirkan diri pada hari pementasan..aku berkursus di PD..
cuma aku tetiba sebak sewaktu lunch sebab Bakri call dan bagi tahu result!! PEMENTASAN TERBAIK KESELURUHAN (johan)..SINOGRAFI TERBAIK Teknikal terbaik)..PELAKON LELAKI TERBAIK (Farhan si Matahari), PENGARAH TERBAIK (pengarah bersama Azerai dan Bakri…opsss..si Hisyam Muda)..Bakri..tahniah..dah lama tak berkaloborasi..dan kali ini tetap menjadi…nak lagi?..
November 3rd, 2007 at 7:16 pm
kmi dri kontjen ngri kdah nk mngcapkn thniah sbab dpt jdi naib jhan dlm prtndingn teater komsas…. prjuangan memrtbatkan seni dan bdya msti kita truskan……….!!!!!!!!!!!harap kita bertemu lagi pada tahun hadapan..!!!! dari (ASAK)