ROyal Debate
Sebagai mukadimah…Aku rasa belum terlewat nak wish tahniah pada Uitm (Monk,Mahzuan,Nizam Bakri n simpanan -sori tak pasti ler sbb tak g) juga pada abg bad besar kerana menjuarai debat Arkib edisi 2007 mengalahkan UM (Otel,Ali,John & Zizi)…Nampaknya hanya 4 pasukan yang sama jek yang mara ke semi untuk Alam sekitar dan arkib nih..dan seperti berjanji atau lebih tepat "berkongsi rasa"..dua pasukan bergilir2 untuk berada di pentas Final..kalau alam sekitar final UIA vs UKM (Uitam + Um tewas di Semi) dan untuk Arkib pula adalah sebaliknya…hurm..sekadar kebetulan!! namun ini sebenarnya satu cabaran untuk semua IPT untuk memberi tentangan pada mereka ini bagi menempatkan diri dalam kelompok yang terbaik kat Royal nanti..
hurm..abis jek debat arkib ni maka bermulalah musim rehat yang panjang untuk semua,sementara menunggu royal yang dijangka selepas aidilfitri nanti…tak sabar giler nak tggu royal edisi yang akan datang nih…Last aku joint royal pada tahun 2001 (tapi pertandingan dilaksanakan pada feb 2002 di UUM..delay kerana kemangkatan DYMM Agung pada tahun 2001) then aku g tgk Final Royal 2002 ( Nov 2002 kat dewan Muktamar pusat Islam) pas tu aku dah tak ikuti dah..rasanya 2003 kat UPSI then 2004 UMS..2005 UKM (Tahniah UPM & Kaloi) serta 2006 kat UNIMAS..
3 Edisi aku tak g turun..masa kat UPSI aku dah mula keje sebagai vetarinarian kat Kota Tinggi dan terlalu jauh untuk aku travel ke UPSI dengan keadaan susah untuk memohon cuti ketika itu..
then kat UKM lak,abg anep ada sms ajak kumpul alumni untuk jadi hakim tp tarikhnya bertembung ngan tarikh aku ke Sabah..ms tu aku dah tempah tiket untuk bercuti ke Tawau dan semasa di sana pun si KS ada call ajak bagi sokongan pada team UPM yang mara ke Final tp aku tak dapat hadir namun dari jauh ada cerita yang mengembirakan aku..UPM muncul juara..
Last year punya, sekali lagi abg Anep nak kumpul alumni2 untuk jadi hakim tapi jauh la pulak aku rasa nak g Sarawak tu dengan keadaan duit pun ms tu tak berapa nak ada..huhuhuhu..masa ni gak aku agak sedih ler sbb kemalangan yang agak menakutkan telah berlaku ke atas Zainal dan Zaki (dua debators zaman aku dari UTM) namun mujur kedua2nya selamat..alhamdulillah..
hurm..aku tak pernah pun tengok ..untuk menghadiri jauh sekali la kan…malam penganugerahan MADUM (betul ke nama nih?) sbb zaman aku dulu mana la ada..Kalau tak silap aku..kali pertama Penganugerahan ini dibuat masa Royal kat UTM KL..ms tu aku dah "diberi taraf berpencen" so tak kan la nak g kannnn..huhuhu..tahun ni dengar cite Royal akan berkampung di UiTM Shah Alam (kadang2 ada gak yang kata akan buat kat UiTM Dungun!!!) so leh la aku jenguk2 tgk pertandingan..isyh serius tak sabar ..
Untuk Edisi kali ini mungkin UM akan berhempas pulas untuk mempertahankan kejuaran mereka …UiTM pun mungkin akan melakukan perkara yang sama…ye lah..tak mahu la selesa sekadar bergelar naib juara 2 kali berturut2 dan mahukan gelaran juara untuk kali ini tambahan pula mereka selaku tuan rumah..Namun jangan kita perkecilkan universiti yang lain..pasukan gergasi yang sudah sedia ada atau nama2 kerdil juga mungkin mampu membuat kejutan!!!
Pauskan terbaik rasanya kekal milik UM berdasarkan prestasi mereka sepanjang musim debat kali ini..yang memberi saingan pun rasanya UiTM dan UIA jek..manakala anugerah individu rasanya milik Monk (UiTM) dan Montel (UM) kottt..
appun..aku ambil kesempatan nak wish..selamat berehat buat semua…selamat gigih training dan jumpa di Royal..insyaALLAH!!!