PiSAT

Walaupun aku telah ucapkan tahniah pada Kachang (via friendster comment) serta  jurulatihnya, Halis serta Ridhuan (kebetulan terjumpa berhampiran Tol Bt. 3 di LPD) di atas kolaborasi mereka hingga menjuarai Pidato Piala DiRaja peringkat Kebangsaan baru2 ini namun suka untuk aku ucapkan sekali lagi kerana kebetulan kemenangan kachang ini istimewa sekali bersempenan dengan sambutan jubli emas hari kemerdekaan.

PDR juga merupakan penutup tirai untuk pertandingan pengucapan awam di antara sekolah2 Malaysia dan ini lah satu2nya pertandingan yang menyaksikan wakil JPWP muncul juara setelah wakil2 jabatan ini tewas dlm pertandingan Pesta Pantun (naib johan kebangsaan-SMTSKL..dilatih oleh Bakri), Bahas PDS (Kalah suku akhir kebangsaan - juga dilatih oleh Bakri..SMTSKL) serta Forum (Naib johan Kebangsaan+ Pengerusi Forum Terbaik Kebangsaan - SMAKL). Tahniah sekali lagi Kachang..ha..rasanya tak lupa juga ucapan Tahniah buat Pak Dat yang khabarnya mencurahkan ilmu serta mencetuskan idea untuk quatation pidato Kachang..tahniah la Pak Dat..hurm..cuma nape Kachang tak melolong erk? opsss….gurau jahhhrk!!!

Namun 2 perenggan di atas cuma mukadimah (melalut kan…takpe!!) apa yang ingin aku ceritakan adalah tentang Pertandingan Pidato yang telah meninggalkan coretan bahagia dan duka dalam hidup aku..Pidato Sains dan Teknologi (PiSAT) yang aku ilhamkan sendiri ketika menjadi salah seorang penghuni di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS UPM).

Begini mulanya…Anak2 saudara aku suke bertetak (bukan sampai bertetak ler) alaaa..budak2 bukan bertekak betul2 just main2 jerk…masing2 mendakwa sekolah msg2 bagus..sorang ni kata MRSM bagus yang sorang lagi kata ..dok aiiihhhhh…SBP lagi bagus…

so tercetuslah idea untuk aku ilhamkan PiSAT ini..namun bukanlah sekadar untuk mencari sape yang lebih baik dari sape..sekadar ingin berkongsi ilmu semata2..ye larrr..kedua2 sekolah punya kelebihan masing2 maka tak salahkan untuk kita temukan kedua2 sekolah yang menempatkan pelajar2 terpilih dalam satu pertandingan yang menggunakan kepakaran berbicara di atas fakta.kedua2nya akan peroleh ilmu yang baru dari salah satu pihak yang lain daripada mereka..Bak kata pepatah inggeris .."If you have an apple and I have an apple, and we exchange apples, we both still only have one apple. But if you have an idea and I have an idea, and we exchange ideas, we each now have two ideas"

Aku cadangkan  pada pihak pengurusan kolej namun mereka menolak mentah2 sbb aku baru sahaja selesai melangsaikan program Malam Bicara Kemerdekaan inter IPT yang dimenangi oleh Kumpulan Teater dr UIA maka terpaksa la aku menunggu sesi akan datang untuk mencadangkan kembali program ini..Dalam diam2 aku sudah ada jawatankuasa tertinggi dan kami telah mula merancang itu dan ini..

Hampir setahun angan2 ini aku simpan, akhirnya aku mula mendesak pada pihak kolej untuk melaksanakan program ini bila mana aku telah tewas dalam percaturan pilihanraya kecil di peringkat kolej kediaman..bergendang tari "musuh-musuh"ku..berseronok dengan kekalahan aku..serius..sampai ada yang menyanyi dan bersorak "Azerai kalah ye..Azerai Kalah ye.."

Makin terbakar la aku…apa lagi..aku gunakanlah pengaruh presiden baru (senior yang rapat dengan aku..yang aku panggil daddy sebab nama dia sama ngan nama abah aku - Mr Azmi) dan sambil desak pihak pengurusan kolej dan gunakan pengaruh aku dalam Kelab Debat UPM (masa tu aku "presiden") untuk jalankan kerjasama ngan kolej aku…semua deal dengan baik akhirnya PiSAT bakal jadi realiti…tahu tak? 70% jawatankuasa baru aku adalah senior2 + junior  yang berhaluan kiri..yang aku tahu kemampuan mereka..yang aku kenal hati budi dan keupayaan mereka..namun hampir semuanya tewas dalam pilihanraya kecil dek kerana kuat terlalu kuat membantah dan memberontak terhadap budaya "boss is always right". bersambung….

Leave a Reply