PiSAT lagi….

Meeting demi meeting aku aturkan..rombakan demi rombakan aku lakukan..sentap menyentap juga turut menambah rasa dalam rempah ratus rencah perjalanan program ini..aku tak tipu..ada kalanya aku utamakan PiSAT berbanding pelajaran (adik2..jangan ikut perangai ni..)

Bagi aku PiSAT adalah hidup mati aku..arrrrghhhh…tension banyak giler perancangan yang aku rasakan stuck dek kerana jawantankuasa yang mungkin sudah bosan dengan kehendak pihak pengurusan yang kadang kala tak masuk dek akal..semuanya disekat..itu tak boleh,ini tak bagus..macam2 lagi..Mujur mental Jawatankuasa tertinggi masing2 kuat..kalau tak, pasti aku juga rebah tersungkur di gerbang angan yang tak kesampaian ini!!isyhhh..simpang malaikat!!!

Rezeki!!! tuhan memang akan bantu hambanya yang tertindas..pengurusan kolej mendapat pengetua baru-Kapten Dr. Zahid..hurm..peluang keemasan nih!!aku dan Encik Husalshah Rizal (Felow penasihat program ini yang terlalu banyakkkk membantu kami semua) mengambil "peluang keemasan" ini untuk memastikan keutamaan dan ruang bernafas diberi kepada PiSAT (yang ada kalanya disebut PiSANG oleh pihak2 yang mengharapkan kegagalan program ini).

Alhamdulillah..kebijaksaan Encik Shah serta keyakinan aku yang tinggi ketika "bercerita" tentang PiSAT di hadapan Dr Zahid membuatkan beliau begitu berminat dan berjanji untuk memberi peluang kepada program ini.

Baru lega hati aku…dan rahmat yang berganda diturunkan olehNYA..urusan tentang PiSAT dipermudahkan..hantar proposal kepada HEP..terus diluluskan beserta bantuan kewangan dan kenderaan diberikan..hantar Marketing Proposal kepada DBP..terus setuju untuk berkerjasama dan turut memberi bantuan kewangan..dan yang paling menarik..Kementerian Belia dan Sukan (di bawah teraju Menteri Pelajaran ketika ini) juga turut bersetuju untuk berkaloborasi dengan pihak kami di bawah penyeliaan program Rakan Muda dengan syarat nama program ini ditukar menjadi Pertandingan Pidato Sains dan Teknologi Rakan Muda (tetap akronim yang sama..PiSAT) ..Tiada masalah untuk aku merombak kertas kerja semata2 untuk "menampal" perkataan Rakan Muda itu…Alhamdulillah..ini maknanya aku akan perolehi peruntukan kewangan daripada Sekretariat Rakan Muda KBS…ya ALLAH..terima kasih banyak2…

Satu demi satu pihak sudi menaja..antaranya…

1.  Bank Pertanian Malaysia - yang menaja penginapan di Pusat Latihan BPM di Bangi

2.  Barapalas - Menaja Piala Iringan (pewter) untuk 3 orang pemenang

3.  Petrosains - 65 keping tiket untuk masuk ke Petrosains secara percuma

4.  KTMB - Menaja tiket keretapi pergi balik dari KL ke Singapura (jOHAN), Butterworh (Naib Johan) dan Ipoh (Ketiga).

5. Syarikat2 alumni seperti Abdul Jalil Financial Group + SQ Global + Aylin Services - menyumbang wang tunai

6.  Koperasi UPM + Penerbit UPM + Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa UPM - menaja cenderamata dan buku2 terbitan UPM

7. Fakulti sains & Alam Sekitar + Fakulti Kejuruteraan - wang tunai untuk banner dan bunting

8.  Mint Hotel (dah tutup pun sekarang) - Menaja separuh harga Welcome Dinner "Malam Berambih Mengait Kasih".

9.  Buntaq Enterprise - menaja cenderamata peserta final iaitu pasu2 hiasan.

10.  Fellow menginap - menaja bunga untuk peserta2 Final..juga ada orang perseorangan yang menaja wang tunai (TQ mom…)

Hati makin senang..langkah makin panjang..namun masih ada masalah yang paling bertandang..bersambung

Leave a Reply