Archive for August, 2007

Projek tahun akhir

Tuesday, August 7th, 2007

Rindunya zaman belajar..isyh rindu giler…hurm,sekarang ni semua org sibuk untuk siapkan thesis so teringat la pulak masa zaman aku kat UPM dulu..strugle nih nak siapkan thesis aku ..ms mula2 tulis proposal dah rasa tension..mana taknya..kejap nak dlm BI tp alih2 suruh aku buat dlam BM..alamakkkkk…naya ler..mana taknya..raw materials & references semua dlm BI..matilah aku!!tapi ok jek..fikir punya fikir..boleh ler aku goreng jek nanti…

Untitled2 Untitled3 Untitled4 Untitled5 Untitled6

Tajuknya…   keberkesanan Ujian Alkohol dan Ujian California Mastitis Test untuk menguji kualiti susu lembu   so tiap2 pagi aku kena g Semenyih untuk dapatkan sampel susu yang baik dan yang tercemar dengan mastitis (ala2 barah buah dada laaa) ..seawala jam 5.00 pagi aku gerak ke Semenyih untuk pastikan jam 6.00 aku dah dapat perahan susu tersebut pasl tak leh lama2 nanti tercemar dengan persekitaran maka result akan ralat kannn.. so aku gigih la bw KRISS ACV2806 aku tuh setiap hari ke sana..

Haiwan

pernah taw aku hampir merasa side kick sang betina ..mana taknya sakit ooooo puting dah tenggelam tp aku paksa gak kuarkan susu semata2 nak siapkan kajian nih..dah abis buat kedua2 ujian tu aku kena wat Total plate count pulak nak kira koloni banteria yang ada adalam setiap sampel susu tu..remeh arrrrr..pernah gak satu peristiwa cemas berlaku dlm lab..aku buat oven dengan tergesa dlm bilik ber air cond menyebabkan kelalang aku meletop.. arrrr…mampuih!!!tp semua ok..oven tak rosak pun!!

Kenangan sgt wat projek ni..dah siap aku pun mulakan penjilidan thesisnya..dan untuk pengetahuan semua..tarikh akhir hantar thesis adalah pada 16 April 2003 ..tahu tak kenapa aku ingat? sebab tarikh tu la arwah abah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir..al fatihah!!

   

mak & barah pangkal rahim!!!

Tuesday, August 7th, 2007

Pic00121 Sepanjang aku berada di maktab,aku kerap balik ke Ipoh setiap ujung minggu..aku rasa bertanggungjawab untuk beri sokongan moral pada mak aku..bayangkan abah aku meninggal pada April 2003 dan Februari 2004 mak aku pula disahkan menghidap barah pangkal rahim peringkat awal..

Fikiran aku diburu rasa bersalah..adakah aku punca?(kdg2 manusia dlm kebimbangan mudah hilang pertimbangan!!!)..sebelum aku dilahirkan mak aku telah membuang kandungan terdahulu kerana mengandung luar rahim serta membahayakan dan doktor nasihatkan agar mak aku tidak mengandung lagi sekurang2nya setahun tp 5 bulan selepas mengugurkan kandungan mak aku mengandungkan aku dan selamat dilahirkan…adakahitu kompikasinya sehingga mak aku mendapat barah pangkal rahim selepas 24 tahun aku membesar?

dek kerana diburu rasa bersalah aku balik ke Ipoh hampir setiap minggu untuk sokongan moral pada mak & melawat kubur abah..tak abis di situ aku mula rajin membaca buku2 berkaitan dengan penyakit barah serta rajin berjumpa dengan pekerja sosial di Hospital baik di Ipoh mahupun di Sungai Petani.

Tuhan Maha Kaya, DIA temukan aku dengan seoarang pakar rawatan AURA (rawatan alternatif)..kebetulan insan ini merupakan pensyarah yang mengajar aku ilmu pedagogi dan disebabkan aku kelihatan murung dia cuba mengorek rahsia aku dan aku ceritakan segala2nya..

akhirnya Dr. Nasuha mencadangkan agar membawa mak aku ke Klinknya yang terletak bersebelahan dengan Cosmopoint Sungai Petani..aku rasa tak salah mencuba..puas aku memujuk mak untuk mencuba,akhirnya mak aku akur..setelah berkali2 mak aku terpaksa berulang dari Ipoh ke SP ..maka tibalah juga masa yang aku cuba elakkan iaitu pembedahan..mahu tidak mahu..pihak hospital telah menetapkan tarikh untuk mak aku dibedah..sebagai anak  (tambahan pula aku dihambat rasa bersalah) aku hadirkan diri pada hari tersebut..mak aku di usung longlai ke dalam dewan pembedahan..detik berlalu..tidak lama kemudian..Doktor keluar dan ..aku risau.."takkan se awal ini..apa jadi pada mak? tak berjayakah pembedahan?"

Doktor tetiba bersalaman dan menjerit "miracle!!!" dan lantas bercerita pada aku bahawa pembedahan dibatalkan kerana tiub kamera telah dimasukkan ke arah tempat yang ingin dibedah tapi tak dapat detect sel barah..semua dah takde..namun satu pemantauan akan dilakukan..adakah rawatan aura itu berjaya? sehingga kini..mak aku tak pernah gagal hadirkan diri untuk rawatan susulan setiap 6 bulan tapi tetap keputusan yang sama..mak aku bebas dari penyakit itu!!!

Alhamdulillah…hurm,baru2 ini terpancar secara langsung di kaca TV saluran RIA di ASTRO..FFM ke 20..aku tergaman dengan Azean Irdawaty..dia nampak uzur akibat Kemoterapi..dan tetiba aku teringat kata2 doktor dulu..selepas mak aku jalani pembedahan, mak aku wajib jalani kemoterapi..kesannya,keguguran,loya,tidak mampu bergerak laju dan sentiasa rasa loya n lesu..dan detik itu sekali lagi aku bersyukur kerana mak aku ditakdirkan selamat dari penyakit itu..aminnnn

Tuhan maha adil

Thursday, August 2nd, 2007

sebuah kisah klasik yang berlaku di hadapan koperasi sebuah kolej kediaman di sebuah universiti….

"hey ko balik dari mana?" kata seorang senior..

"balik dari Akademik..ambik transkip diploma aku" jawab seorang junior

"yeke..wahhhh…dah graduated kan…dah le tuh..sambung degree mcm aku pulak tu..tgk ko nyer transkip"

"rezeki..nahhhh"

"opsss….sowie..terjatuh…(senior ini sengaja menjatuhkan transkip yang di liminated tu ke dalam tong sampah) alaaaa….diploma kau kan diploma tong sampah…"

budak junior tu pun menbongkok untuk mengambil kembali transkipnya ambil bergenang air mata…anakala si senior tu telah masuk ke dalam kedai koperasi yang berhampiran.

Bayangkan betapa luluhnya hati si junior itu…walaupun diplomanya memang diakui diploma yang senang dan dianggap tong sampah oleh sesetengah mahasiswa di u tersebut sebab menempatkan khalayak yang gagal dan ingin menyambung pelajaran semula.

Bayangkan kalaulah ibubapa si junior itu tahu,mereka juga akan berasa sedih..ye lahhhh si junior itu bukanlah orang kaya dan ibubapanya agak berhabis untuk dia..

tapi si senior terlupa..dengan diploma tong sampah itulah si junior itu menyambung degreenya yang sama dengan degree si senior itu…

Tuhan maha adil..beberapa sem selepas kejadian ini, si senior itu telahpun dikeluarkan dai universiti tersebut kerana gagal tetapi junior tersebut survive dan berjaya menghabiskan degree tersebut..

si junior memang terasa hati namun dia tidak berdendam dan tetap mendoakan kejayaan si senior di universiti lain.

untuk pengetahuan semua pembaca si junior itu adalah aku

Hari Mesra Niaga

Thursday, August 2nd, 2007

Sekolah aku buat hari mesra niaga..alaaaaa..senang cite Hari Knatin arrrrr…yang tak besh tu..dah la buat hari Ahad..keesokkannya isnin kena keje gak.. :(

aku jadi DJ jek..alaaaa..tiap tahun keje yang sama..boring arrr..hurm.mungkin  depa takut nak bg aku jual benda makan kot..takut barang abis tapi tak untug sebab aku melahap sendiri..hahahahaha..ha tgk laa panorama Hari Kantin sekolah aku..siap ada live band + permainan ala2 Fun Fair Image006_1 tau!!! ha..pic yang mula2 ada org berdiri tu..mini konti tempat aku bertugas..tgk arrrr..

Image002 Image001_1 Image003_1 Image004 Image005_1

Perjalanan ke Nilai…

Thursday, August 2nd, 2007

ok..pagi Jumaat 270707 tu aku n Kmarul masing2 bawa haluan arr ke tempat keje..arrr besa2 jekk..malas nak cite psl tempat keje aku..takde keistimewaan pun…

ptg aku ke Shah Alam untuk mengajar tuisyen dan balik jek aku terus tinggalkan motor aku pada ejan kat syeksen 18 dan tunggu Padat..psl aku akan ke USIM dengan tumpang Padat..aik Syam pun ada (lama giler tak jumpa mamat nih..last jumpa ms PPM kat SAS) then kitaorg g lak jemput FUAD n Abg Bad ..mak aiiii bayangkan..semuanya "kecik" kan….sardin arrrr..tapi tak terasa pun sebab rasa seronok arrr sembang2 ngan depa semua nih..

tak abis lagi..kami  ke komuter Subang pulak nak jumpa Kamrul sbb dia jemput Zaki kat situ..then aku n Syam naik kete Kamrul (+zaki) n bertolak ke rumah aku kat Pandan iNdah then bersiap n bertolak la ke USIM..Abg Bad,Padat+ Fuad g dulu…meriah sehhhh..ramai yang turun nih..Suheiri (bayangkan saya CT Nurhaliza ) pun ada!!…haiyo mengamit memori sgtttt…hahahha…dulu aku pernah masuk DAS nih kalah ngan UKM peringkat akhir di UiTM 2001..nway UKM tahun ni mara ke final tapi tewas di tangan UIA..tahniah arrr UIA…3 tahun berturut2…

HuRM…asalnya g HUKM..lain lak jadinya!!!!

Thursday, August 2nd, 2007

Image000 aku ada temujanji ngan pakar kat klinik ENT di HUKM pada 260707 so aku tak ler g sekolah..kebetulan sekrang aku mmg tak ngajar sebab aku dah jadi guru pembimbing…tapi aku batalkan temujanji tu n aku g Parcel D nak tgk Forum peringkat kebangsaan..tak la feel sgt sbb aku tak minat forum..pernah la 2 kali joint..sekali ms zaman sekolah n sekali masa zaman u dulu wakil UPM untuk pertandingan forum ASEAN kat UM..

aku g arrrr..lepak ngan Bakri sbb dia pun mai bwak anak murid dia…kamrul pun datang gak…kebetulan dia keje kat Parcel E jek kan…(tapi now dia dah pindah ke pejabat SUK Penang) alamak..tak feel arrr n boleh agak pun WP labuan akan menang..

abis jek kami ke Serdang..mengimbau kenangan ms study dulu..hahaha..aku ajak arrr anak murid bakri n kamrul sama2 makan kat Padang..ni bukan Padang Indonesia erk..ni nama tempat makan kat area Sri Serdang tuh!!

Kamrul terus memuji nih..bayangkan ..nasi+ayam goreng+sayur+teh ais..RM3.00..murah kan?sedap lak tuh…hehehe..wahhh ..meriah ni kami makan tetiba, afiz (3rd speaker SMK Sri Sererdang yang baru jek bergelar Johan Bahas Piala DS) pun ada area situ so joint arrr ngan kami..pas masing2 makan n mengkedarah..kitaorg pun berpisah ikut haluan masing2..aku+kamrul ke MInes nak tgk cite Harry Potter..walaupun Kamrul dah tgk cite tu sehari sebelum tu tp memandangkan ini antara agenda terakhir sebelum dia pindah maka,dia pun temankan aku.

pas tu,aku tergedik2 nih nak gunting rambut kat booth dlm mines tu..15 minit 15 ringggit..ok arrr..ada motif sgttttt kan!!!

jalan punya jalan dah penant n balik umah kononnnya tunggu Padat,Tra n Sham psl esok we all nak bertolak ke Usim tp …Tra pulak ada "kecelekaan"..tersadung n terjatuh hingga tangan Tra terpaksa di simen..isyhhhh risauuuuu sgt aku dengar..so mlm tu aku n Kamrul just sembang2 n zzzzzzzzz psl Padat hanya akan sampai ke KL pada esok pagi!!!

sabar erk adik2 ku!!!!

Wednesday, August 1st, 2007

Image008_1 aku nak dedikasikan entry ni untuk adik2 aku kat UM dan UNI10 yang tersayang yang masing2 seolah masih trauma dengan kekalahan suku (bagi UNI10) dan separuh (untuk pasukan pilihan UM)..mcm ne korang sedih mcm tu gak arrr kami2 ni sedih..ye arr sepanjang preparation untuk alam sekitar ni kita sama2 berpening untuk training..untuk semua..simpan air mata kesedihan tu untuk tangisan gembira kejayaan esok hari..Johan,terharu dengan john..baru tahu kan betapa sayang nya kita pada debate kan!!!!buat Surizal..farhan..salina dan firdaus..bagus abg suka dengan peningkatan korang..teruskan latihan dan jgn malu nak bertanya..untuk Otel,Ali,John dan Zahid jgn terlalu bersedih..belum tercalar pun kredibiliti korang dengan tertewas di peringkat separuh akhir..buat semua..sayang korang tau…..jumpa kat arkib!!opsss…mlm ni jadi ke mock?

pic of Cuti2 Malaysia

Wednesday, August 1st, 2007

Dscn0520_1 Dscn0521_1 Dscn0526 Dscn0528 Dscn0533 Dscn0532 Dscn0531 Dscn0529_1

ha..ni gambar kami dalam perjalanan & makanan kat muara sg duyung tuh..wahhh tgk si o9tel tu "manja" kan ngan baju mickey mouse biru terqoiuse…huhuhu..nway kami ber3 merancang nak cuti2 malaysia ke penang sambil lawat kamrul nanti ..hurm..padat,jadi tak nak g Bali ujung tahun ni ramai2? ko kan AJK perjananan…huhuhuhu…