Lagi-lagi PiSAT
Hampir semua berjalan lancar..ada pulak gerakan bawah tanah yang nak sabotaj aku, ni la yang paling pedih untuk aku terima..gerakan ni terdiri daripada beberapa orang ahli jawantankuasa yang terpaksa digugurkan berdasarkan komitmen mereka pada program ini..tapi seperti yang aku tulis sebelum ini..apa juga akan aku tempoh..lantak laaaaa…semangat kena kuat nih…
Aku seperti mimpi bila mana aku mendapat call penyertaan pertama daripada wakil MRSM Serting untuk menyertai pertandingan ini.."Hey Azerai…mimpi kau akan jadi nyata…!!!" itu kata2 aku pada diri sendiri..makin gigih aku dan anak buah membuat promosi ke sana sini..akhirnya seramai 56 orang peserta telahpun disahkan untuk menyertai pertandingan ini termasuk seorang daripada SMS Kuching..
Kami semua menghitung hari..semakin hampir..dari sekecil2 benda seperti penghasilan tag nama peserta sehinggalah tempahan Panggung Percubaan (tempat yang sama berlangsungnya konsert mingguan AF1)semua telah siap dilaksanakan..alhamdulillah buku cenderamata pun telah siap ditempah..
Datuk TNC HEP UPM pun akan sekali sekali turun padang menyertai organisasi kami untuk melihat persiapan..beliau kata.."ini bukan lagi program kolej..ini program Universiti"..Beliau juga turut membantu kami untuk mendapatkan Tetamu Kehormat bagi "Malam Gemilang Menjulang Gelaran" bila mana Menteri Belia dan Sukan tidak dapat hadir ke majlis tersebut..Sekali lagi aku bertuah kerana Menteri Penerangan (Dato’ Khalid Yunus) bersetuju untuk hadir mengantikan Dato’ Hishamudin Tun Hussien…Bertambah bertuahnya aku…RTM juga bersetuju untuk membuat liputan pada malam Final untuk dirakam bagi siaran TV Pendidikan.
Makin Hampir….Hakim juga telah bersetuju untuk hadir dalam pertandingan tersebut..antara yang menghakimi pertandingan ini pada peringkat saringan 1 & 2 adalah.. Abang Azizi Ismail & Kak Azlina Kiram(Otai Kelab Debat UPM dan pernah mewakili Malaysia ke pertandingan Debat Asean), Kak Khairiah@ kak K (ex debator UPM), Encik Zailiridzal (Antara org kuat MADUM), Puan Zauwiyah(Pensyarah IBMM) & Puan Lee Sai fei (isteri sasterawan..Lee Swee Tim juga merupakan Munsyi Dewan Bahasa) serta 4 pensyarah fakulti sains seperti Dr Azmi Yahya, Prof. Rosita Haron, Prof. Madya Dr. Mat Rofa dan Prof. Madya Dr. Shamsudin.
Hakim Final pula akan dikepalai oleh Pegawai UPM yang paling aku hormati dan sayangi (tanpa peluang yang diberi -serta dirampas sendiri- oleh beliau tak mungkin aku bergelar Pendebat UPM) Abang Nazri Noh dan akan turut dibantu oleh 2 orang Pegawai dari DBP dan Pensyarah Fakulti Sains pensyarah Universiti di kawasan Lembah Klang seramai 4 orang dan menjadikan 7 oarang hakim akan menghakimi pertandingan akhir dan dibantu oleh seorang juruaudit..Semua dah settle,tunggu peserta jerk..alamak!!!Bersambung….