Lagi-lagi PiSAT lagi
Alamak…pagi Khamis 31 Jnauari 2002..Tak sempat lagi tido ni dok mengemas Dewan Jauhari dan Balai Minda untuk digunakan bagi pertandingan Separuh Akhir PiSAT kami semua dapat panggilan daripada wakil SMS Kuching..katanya dah sampai di KLIA..terpaksalah bergegas ke sana untuk menjemput satu-satunya delegasi Borneo ini (memang dia jadi perhatian..sebab comel dan bijak) dalam masa yang sama aku bergegas ke Hentian Jalan Duta kerana wakil daripada salah sebuah sekolah di Utara Semenanjung menaiki bas ekspress bersama guru pengiring.
Mula meriah..bestnya…ngantuk lagi ni aku…tapi perasan gembira melebihi segala..maka aku bersiap bergegas ke tempat penginapan peserta di Pusat Latihan Bank Pertanian untuk urusan pendaftaran peserta,dalam tak sangaka aku terjumpa Abg Herwan Mubin (senior KOSASS) dia menjadi guru pengiring kepada peserta SMS Muar.hurm..sampai ke petang urusan pendaftaran, maka bergempitalah Perkampungan PiSAT ini..
Malam 31 Januari 2002…Peserta2 di bawa ke KOSASS untuk "Malam Tak Kenal maka tak cinta" alaa….senang cite malam suaikenal diantara peserta sesama peserta dan peserta dengan jawantankuasa serta taklimat ringkas dan cabutan undi..then peserta dihantar pulang ke perkampungan PiSAT di Bangi…zzzzzzz
Jumaat pagi - 1 Februari 2002 semua peserta nampaknya sudah bersedia untuk bertarung di dua venue berasingan di KOSASS..pertandingan berlansung hingga petang dan rehat untuk solat jumaat serta lunch..dan setelah selesai semua peserta dihantar ke perkampungan PiSAT untuk bersiap bagi upacara "Malam Berambih Mengait Kasih" yang akan berlangsung di Ballroom Mint Hotel..
dan saat ini Balai Rahmat (Bilik Mesyuarat dan bilik teknikal) ditutup untuk semua..yang dibenarkan masuk cuma hakim dan beberapa orang jawatankuasa serta juruaudit dalaman UPM unutk mengira markah serta mengesahkan peserta Final..Setelah semua dokumen ditandatangani maka Jawatankuasa Multimedia pun mula membina slide presentation memasukkan nama2 peserta final ini.
alamakkkkkk………dah lewat…mana backman aku nih?ha ..nasib baik dia dtg tepat pada waktunya untuk membawa baju batik aku (yang warnanya ditempah seperti warna logo PiSAT) dan aku pun bertolak lah ke Mint Hotel..
di Sana semua dah bersedia ..cuma tunggu majlis run jerk..bergedak gedebuk..majlis pun bermula…makan dulu pastu ucapan..masa ni untuk pengetahuan semua aku telah mencurahkan air mata kerana terlalu terharu dengan sokongan semua…aku bertambah terharu pabila anak2 buah aku memberikan standing oviation untuk aku..tak perlu..bagi aku mereka yang patut menerimanya sebab di atas usaha gigih merekalah mimpi aku jadi nyata..THANKS SEMUA..AKU SAYANG N RINDU KORANG SEMUA!!!!
Selesai sesi penyampaian cenderamata untuk semua peserta,hakim separuh akhir dan penyerahan Mock Cheque daripada penaja maka pengumuman peserta Final pun dilakukan..ada yang gembira..ada yang sedih namun inilah adat pertandingan kannn…
Kemudian terus sesi bergambar ramai2 dan sesi bergambar khas untuk peserta Final sebab gambar mereka akan dipamerkan di pintu masuk panggung percubaan untuk malam pertandingan Final nanti….Bersambung….