Debat Kemerdekaan
Aku rasa sedih pun ada..tersentap pun ada..ye arrr..hampir 5 tahun aku menyisihkan diri dari dunia debat..bukan merajuk,bukan terkilan cuma ingin bersendirian dan mencari kembali kekuatan diri yang kian hilang..
hurm..Debat kemerdekaan adalah antara pertandingan yang aku kira banyak nostalgia buat aku..pertandingan ini adalah pertandingan yang memulakan lakaran kegemilangan Kelab Debat UPM…Kali pertama dianjurkan menyaksikan pasukan senior UPM berjaya menjulang Piala Idaman di DECTAR UKM.
Pertandingan Debat Kemerdekaan juga satu2nya debat yang melaksanakan Sistem Liga untuk pertandingan Suku Akhir (Kali kedua penganjuran di UPM). Pertandingan ini juga lah yang memperkenalkan pusingan Debat Terbuka (yang kemudian diaplikasikan dalam Debat Alam Sekitar dan FOMCA).Puas berdebat!!
Pertandingan ini juga menyaksikan aku diberi kesempatan untuk diserap masuk ke dalam pasukan utama pada 2001 bersama KS dan Ejan mengantikan Avi yang mengikuti program di Korea.
Debat Merdeka edisi ke 2 itu jugalah merupakan edisi terakhir yang aku ikuti kerana selepas itu aku terus "hilang" dari Vakum ini. Dan seperti ada magnet,Debat Merdeka (2006 di UM) jugalah yang menarik diriku semula untuk sama2 memeriahkan "dunia yang kecil kelompoknya namun besar politik dan polemiknya!!"
Edisi 2007 menyaksikan pendebat2 dari seluruh Malaysia berkampung di UNIMEP (nama baru bagi KUKUM), Perlis..pergh..jauhnya dengan keadaan tarikh yang tidak bersesuaian dengan jadual persekolah, maka aku mengambil keputusan untuk tidak pergi
Aku kira edisi tahun ini agak menarik kerana usul2nya yang kotemporari (sesuai dengan permasalahn isu semasa) seperti Blogging, Pengisian kemerdekaan dan sebagainya.Malah tahun ini juga merupakan tahun pertama pasukan debat dari setiap IPT diminta membawa cendarahati untuk ditukar sesama pasukan yang bertanding (wahhh..seperti PPM erk!!!).
Namun seperti yang aku katakan aku memang tidak akan hadir ke sana..maka aku mengambil kesempatan ini juga mengucapkan SELAMAT BERDEBAT DAN GOOD LUCK untuk semua!!!!