PiSAT lagi dan lagi
Wednesday, August 22nd, 2007Selepas bersarapan pagi pada Sabtu 2 Februari 2002 kesemua peserta dibawa untuk sesi lawatan ke sekitar Putrajaya dan Petrosains KLCC (Kecuali peserta-peserta Final yang tak mahu ikut kerana ingin membuat persiapan Final) Hurm..best memang best masa g Petrosains tuh tapi jawatankuasa tak masuk kerana tiket hanya diberikan kepada peserta sahaja..
Aku memantau persiapan Panggung Percubaan UPM untuk malam Final..Sebenarnya aku dah mula rasa flat sebab dah 2 3 tiga hari dah aku tak cukup tidur..hurm…aku curi2 masa untuk tidur semasa reheasel acara Final..dan peserta2 Final telah di bawa awal ke Panggung Percubaan dan mereka bersiap di salah satu bilik persediaan yang ada dalam panggung.
VVIP lewat hampir 30 minit namun tidaklah mencacatkan sangat "Malam Gemilang Menjulang Gelaran" ni..semua berjalan lancar kecuali satu perkara yang agak memalukan apabila emcee menjemput peserta MCKK dengan panggilan "Sekolah Melayu Kuala Kangsar" perghhh..memang kena basuh..tak wat homework…sori sgt2 untuk warga MCKK..
Akhirnya hakim menobatkan Khaliz daripada KISAS sebagai juara (7 bulan selepas itu…adik ini menjuarai pertandingan Pidato Piala DiRaja) tempat kedua Adie Indera(Soksek-dia ada dlm list friend aku) dan ketiga Najibah dari TKC..tahniah semua…
HUrm..pagi 3 Februari hujan renyai2 di perkampungan PiSAT seolah-olah turut bersedih kerana semua akan berakhir tak lama lagi….huhuhuhu..sedih sgt2..setelah semua selesai..aku rasa hidup aku kosong sgt…
hurm…mungkin coretan ini agak keterlaluan bagi sesetengah pihak namun ia sekadar memori indah yang sukar untuk aku lupakan..almaklumlah dari kecil tiada memori indah yang terlakar dalam kotak kenangan hidup aku…maka izinkan aku untuk mencoretkan secebis kebahagiaan aku di sini demi melupakan akan keperitan dan kesengsaraan ketika aku membesar..
Buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam PiSAT ..aku ucapkan terima kasih dan hanya DIA yang akan membalas jasa2 kalian..buat adik2 yang pernah menyertai PiSAT terima kasih dan saya turut berbangga melihat kejayaan adik2 dalam dunia pengucapan awam di peringkat IPT (walaupun ada dikalangan mereka ini sudah "berperangai" DIVA walaupun tidaklah tahapnya selayak berperangai sebegitu.


.Senanag nak kenai sbb depa berlainan warna..seekor putih jingga n sekor lagi hitam jingga..













