Cikgu Bakri yang tabah!!!
Cikgu Bakri…dia ni kawan aku..kami sama2 wakil KOSASS untuk pertandingan debat inter kolej dan sama2 diserap ke pasukan Universiti tp Bakri dalam pasukan utama..masa tu kolaborasi antara dia ngan KS & Avi gempak gak la..antara kemenangan diaorang..Johan Debat Kemerdekaan,Johan Debat DIVSAT,Naib Johan Debat PNB dan paling menyedihkan kitaorang.masa UPM tuan rumah Royal..pasukan ni tewas ngan UIA kat semi..semua nangis masa tuh!!sedih sgt2…
Opsss, itu mukadimah jek..untuk pengetahuan semua..akumula mengenali Bakri semasa melihat siaran tertunda Pidato Piala Diraja 1996 masa tu Bakri dapat tempat ke 3 dan tak sangka bile ke UPM kami ditempatkan di kolej yang sama..dan kebetulan punyai bakat dan citarasa yang sama..maka bermulalah EPISOD KETABAHAN antara kami..
Dia kawan yang baik..walaupun kadangkala aku kalah juga dengan laseran mulut dia namun DALAM HATI ADA CINTA maka yang lain tu aku lupakan saje..bagi aku itu cuma asam garam dan rampah ratus dalam persaudaraan kami..
Sepanjang kami bersaudara, ada juga perselisihan yang membuatkan kami berpaling muka namun untuk menamatkan ikatan ini…MUNGKIN TIDAK..aku hadir dalam saat bahagia atau derita Bakri dan begitu juga dia ..hadir dalam lipatan hidup aku..
Ingat lagi detik2 bahagia Bakri pabila dia menang pilihanraya kat KOSASS n dilantik jadi NKSU Agung..dan saat tu juga la..ayahnya meninggal..namun Bakri tetap tabah..hurm..ingat gak waktu aku menjadi peneman setia dia masa DIVSAT kat UTM..Bakri ms tu baru je lepas accident n tiap hari dia tabah ke Pusat Kesihatan UTM ..namun demi menjulang nama debat UPM..dia tabah harungi segalanya!!
Lepas graduate,bondanya yang tercinta pula meninggal dunia..maka yatim piatu lah Bakri..aku tetap setia menjadi sebahagian daripada hidup mamat nih..tahu tak? ms cuti penggal di maktab aku sanggip tak balik kampung semata2 nak ke terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan Bakri..bukan setakat hadir malah aku antara org yang sama2 diminta oleh bakri untuk membantu family dia dari A-Z..aku gembira sgt!!!ntah la..semasa aku menepung tawar..dia hampir menitiskan air mata..aku faham…
sekarang dia dah bahagia ngan isteri n anak (bro..bila nak jadi anak-anak?) tp ada sesuatu yang aku mmg betul2 kagum ngan Bakri..Dia pernah kata..ms zaman sekolah dia teringin sgt nak julang paila sireh pulang ke gagang..(pesta pantun) tapi dia tak pernah rasa..n now dia akhirnya rasa jugak bila mana pasukan yang dialatihnya telah muncul ke pesta pantun 3 tahun berturut2 mewakili KL dan telah menjuarai pertandingan ni pada tahun 2006 n 2007 hanya muncul naib johan dan pernyertaan pertama iaitu pd 2005 mendapat tempat ke 3..ha,jangan tak tahu..pemantun yang sama juga bakri asuh hingga menjadi pendebat dan pasukan bimbingannnya telah 4 tahun berturut2 mewakili KL ke pertandingan bahas peringkat kebangsaan n rekod paling baik ialah tahun 2006 iaitu mendapat gelaran naib johan..biarpun tahun ini tewas di peringkat suku akhir..namun aku kira itu satu pencapaian yang agak baik memandangkan pendebat2 smtskl ini masih kepenatan dan masih dalam mood kecewa untuk pertandingan pantun.
aku gembira kerana dapat hadir ke PDS 2007 di Melaka untuk meniupkan semangat bagi bakri..bak kata bakri.."dtg la..aku takde semangat ..kalau ko ada..bersemangat sikit"..Bakri..percayalah..aku tetap sayang pada ko as kawan sampai bila2!!!! pada SALLY,MARRY,FARRY,HARUN,AMIR N FAIN..korang patut berbangga kerana jarang ada individu yang mampu kuasai kedua2 bidang tu dengan baik..dan korang mampu..maka berterima kasih la pada Cikgu Bakri ok..abg akan tetap kenang n sayang kat korang sampai bila2 gak ok!!!muahhhhhhh