Archive for July, 2007

Cuti2 Malaysia!!!!!

Tuesday, July 31st, 2007

lately aku bosan errrr..ujung minggu tak buat pe2..nak on9 kadang2 malas gak!!! so rentetan dari menyaksiakan malam tunas budaya kat UPM ngan kamarul so aku pun cadang arrr ngan dia untuk ke Melaka kononnnya cuti2 malaysia laaaaa…bertangguh nih..but akhirnya 22hb Julai aku ngan Kamrul pun g arrr..asal rancangan kami nak bermalam kat sana tp tak jd..g balik hari jek…xtra nih!!ada jijol sekali…dalam pukul 12.00 tghari aku jemput kamrul kat station putra universiti then g ke kolej 9 UM untuk ambik si Jijol lak..dalam perjalanan kami ber3 meriahhh giler sambil meroyan ngan lagu menjelma nizinkan ku pergi..

akhirnya sampai la ke KG brisu..umah jijol..yang penting nih..pesan kat kitaorg jgn nak over2 ..lite2 jek..cover la konon tapi dia sendiri.."haluuuuuuuu…dok aiiiiiii…rindu kat mak nih!!!" kekdahnya cover kah ittew? kami tetap menghormati permintaan dia kan..kami ber2 tak la over cuma ayah jijol nih meriahhhh arrr..sentap ni kami semua dibidas…!!!hahahaha

dah puas makan buah pulasan,rambutan n manggis kami pun bertolak ke matrik kat londang nak jumpa otel..tunggu arr dalam 15 minit kot then kete bapak dia pun sampai n pas salam2 tu kami semua pun bertolak arrrr ke sek sultan muhammad (sek lama jijol)  psl jijil nak jumpa debator2 sek ni..konon nak basuh arrr..tapi lain lak jadiknya..ala2 sesi ngumpat pulak..tak pelaaaa junior dia kan…

then kami ber4 bertolak aarrrrr ke muara sg duyung..yang pentingt..kamrul lak yang tolong jadi co pilot..abis yang orang melaka tu buat pe? tetapppp…melayan lagu izinkan ku pergi katanya!!!

dah sesat barat nih..tanya punya tanya..akhirnya sampai la jugak..dengan lahapnya..lupakan diet sementara waktu (haiyo..dah 10 tahun ni ..asyik diet jek!!!!) so kami pun mengorder arrr untuk 4 org makan tp ala2 order mcm utk 7 org makan..motif!!!!opss..nanti ada yang terluka!!

so bila mana makanan tu semua dah sampai..kami pun..apa lagi..makannn arrr..dan untuk semua kat sini aku akan letakkan gambar kiatorg makan nah!!!

then dah makan ronda2 jap kat banda hilir n then dalam jam 9 malam bertolak arrrr balik KL..penat tapi..seronokkkkk gilerr..utk kamrul..walaupun dah pindah jauh ke penang kami semua tetap sayang kat ko!!!!take care tau

Tak sabarnya!!!!

Saturday, July 21st, 2007

Image008 Umah

Ha..ni adalah rumah aku kat Tman Arowana Indah di Seremban 2..yang 1st tu adalah gambaran umah contoh n yang aku snap tu adalah rumah aku yang sebenar (belah kiri) yang dah siap 55 %..kalau ada rezeki n umur panjang mulai dec 2007 aku akan mula tinggal di situ dan mulai Mac 2008 gaji aku kena potong sebanyak **** sebulan untuk membayar semula pinjaman rumah kepada pembendaharaan mlysia..haiyo..matilah sengkek nanti!!!Insyaallah pas ni aku cari orang rumah pulak!!!

Hurm…sedapnya!!!!

Saturday, July 21st, 2007

Kek sedap kek ni..pilihan Ali n Otel..sebenarnya tulis jek birthday aku tapi sebenarnya untuk pujuk Johan yang merajuk..(motifff?) hehehehe..lagi satu untuk raikan kejayaan debat minggu haluan siswa UM katanya!!!opss..john jangan marah ok..depa busy sebab tu tak reply sms kat ko..kan mahal line Singapore …nak call apatah lagi..cowie dari abg untuk pihak depa!!!

Cikgu Bakri yang tabah!!!

Saturday, July 21st, 2007

Korang Image001 Cikgu Bakri…dia ni kawan aku..kami sama2 wakil KOSASS untuk pertandingan debat inter kolej dan sama2 diserap ke pasukan Universiti tp Bakri dalam pasukan utama..masa tu kolaborasi antara dia ngan KS & Avi gempak gak la..antara kemenangan diaorang..Johan Debat Kemerdekaan,Johan Debat DIVSAT,Naib Johan Debat PNB dan paling menyedihkan kitaorang.masa UPM tuan rumah Royal..pasukan ni tewas ngan UIA kat semi..semua nangis masa tuh!!sedih sgt2…

Opsss, itu mukadimah jek..untuk pengetahuan semua..akumula mengenali Bakri semasa melihat siaran tertunda Pidato Piala Diraja 1996 masa tu Bakri dapat tempat ke 3 dan tak sangka bile ke UPM kami ditempatkan di kolej yang sama..dan kebetulan punyai bakat dan citarasa yang sama..maka bermulalah EPISOD KETABAHAN antara kami..

Dia kawan yang baik..walaupun kadangkala aku kalah juga dengan laseran mulut dia namun DALAM HATI ADA CINTA maka yang lain tu aku lupakan saje..bagi aku itu cuma asam garam dan rampah ratus dalam persaudaraan kami..

Sepanjang kami bersaudara, ada juga perselisihan yang membuatkan kami berpaling muka namun untuk menamatkan ikatan ini…MUNGKIN TIDAK..aku hadir dalam saat bahagia atau derita Bakri dan begitu juga dia ..hadir dalam lipatan hidup aku..

Ingat lagi detik2 bahagia Bakri pabila dia menang pilihanraya kat KOSASS n dilantik jadi NKSU Agung..dan saat tu juga la..ayahnya meninggal..namun Bakri tetap tabah..hurm..ingat gak waktu aku menjadi peneman setia dia masa DIVSAT kat UTM..Bakri ms tu baru je lepas accident n tiap hari dia tabah ke Pusat Kesihatan UTM ..namun demi menjulang nama debat UPM..dia tabah harungi segalanya!!

Lepas graduate,bondanya yang tercinta pula meninggal dunia..maka yatim piatu lah Bakri..aku tetap setia menjadi sebahagian daripada hidup mamat nih..tahu tak? ms cuti penggal di maktab aku sanggip tak balik kampung semata2 nak ke terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan Bakri..bukan setakat hadir malah aku antara org yang sama2 diminta oleh bakri untuk membantu family dia dari A-Z..aku gembira sgt!!!ntah la..semasa aku menepung tawar..dia hampir menitiskan air mata..aku faham…

sekarang dia dah bahagia ngan isteri n anak (bro..bila nak jadi anak-anak?) tp ada sesuatu yang aku mmg betul2 kagum ngan Bakri..Dia pernah kata..ms zaman sekolah dia teringin sgt nak julang paila sireh pulang ke gagang..(pesta pantun) tapi dia tak pernah rasa..n now dia akhirnya rasa jugak bila mana pasukan yang dialatihnya telah muncul ke pesta pantun 3 tahun berturut2 mewakili KL dan telah menjuarai pertandingan ni pada tahun 2006 n 2007 hanya muncul naib johan dan pernyertaan pertama iaitu pd 2005 mendapat tempat ke 3..ha,jangan tak tahu..pemantun yang sama juga bakri asuh hingga menjadi pendebat dan pasukan bimbingannnya telah 4 tahun berturut2 mewakili KL ke pertandingan bahas peringkat kebangsaan n rekod paling baik ialah tahun 2006 iaitu mendapat gelaran naib johan..biarpun tahun ini tewas di peringkat suku akhir..namun aku kira itu satu pencapaian yang agak baik memandangkan pendebat2 smtskl ini masih kepenatan dan masih dalam mood kecewa untuk pertandingan pantun.

aku gembira kerana dapat hadir ke PDS 2007 di Melaka untuk meniupkan semangat bagi bakri..bak kata bakri.."dtg la..aku takde semangat ..kalau ko ada..bersemangat sikit"..Bakri..percayalah..aku tetap sayang pada ko as kawan sampai bila2!!!! pada SALLY,MARRY,FARRY,HARUN,AMIR N FAIN..korang patut berbangga kerana jarang ada individu yang mampu kuasai kedua2 bidang tu dengan baik..dan korang mampu..maka berterima kasih la pada Cikgu Bakri ok..abg akan tetap kenang n sayang kat korang sampai bila2 gak ok!!!muahhhhhhh

Setelah 8 hari tak ON9

Thursday, July 19th, 2007

Banyak cite yang aku nak cite sebenarnya sampaikan aku tak tahu nak mulakan yang masa satu..ohya aku cite pasal PDS dulu lah yang baru2 ini berlangsung kat Melaka..untuk pengetahuan korang..sekali lagi aku gigih..aku g ok..dengan berbekalkan CRK so aku pun bertolak ke Melaka..mujurlah now aku jadi guru pembimbing so mmg aku tak mengajar lagsung kat sekolah..aku g hari selasa (100707) n sepanjang aku kat sana aku tumpang bilik kontijen KL..TQ Bakri..

Oklah,rasanya malas nak ulas panjang2 ..bagi penggemar (atau yang tak gemar tapi selalu baca) akademidebat.com mungkin dah baca tulisan hami,dewataraya,badai dan lain2..aku just komen final tu kalau ikut kes mmg aku pilih kerajaan (Kedah) tp biasalah PDS ni ada adabnya tersendiri..debator Kedah (TERUTAMA YANG KEDUA ) AGAK "BIADAP"mengikut skema adab PDS..bagi kita itu selambar kan..alahh..akupun pernah kena dalam debat guru2 so aku tak rasaSelangor patut menang ataslasan itu..ops..plss la jgn nak kontroversikan aku ngan kenyataan ini ok!!

ok..nanti aku nak cite pasl umah aku lak..ok ke?heheheh

modem aku rosak!!!!

Friday, July 13th, 2007

ok semua mungkin aku jarang up date blog buat sementara waktu!!modem aku rosak n aku lum g tukar lagi kat TMnet..ok ni pun on9 kat lab sekolah jek..lembap arrrrr…

nway nanti aku create post baru untuk cite ttg piala datuk syukur debate ok!!tggu!!!1

Amaran UM!!!

Sunday, July 8th, 2007

hurm..mcm aku cite sebelum ni..aku terlibat secara langsung ngan kelab orator UM untuk minggu haluan siswa nih..aku dapat jemputan jd hakim..pada awal2nya mmg peratndingan agak malap..sampai jijol kata,"ini senario yang merisaukan..tamatnya ali n otel maka pupuslah kegemilangan UM"…hurm..boleh jadi gak!!

OK..pemtas Final mempertemukan KK8 N KK8,usul-50 tahun merdeka:kita masih tidak berdikari…pergh,PM buka jek kes..terus kami terlopomg..bijak..dengan ketenanga..mengigatkan kita pada ejan (kebetulan budak ni asal sarawak n ambil kos yang sama ngan ejan)..PM bermain ngan frasa "masih"..dia buat perbandingan dulu n kini untuk tunjukkan rantaian masih itu sendiri..tetiba pembangkang balas..juga masih ada unsur perbandingan dan mereka tunjukkan kebergantungan tak berlaku cuma ada kerjasama jek!!grand..sedap tenguk final ni (ketepikan fluency+tonasi)..sukar untuk buat keputusan!!

Akhirnya keputusan pun kuar..KK10 menang ngan 6-1 dan best speaker 3rd pembangkang juga 6-1 (budak cina yang mengambil pengajian bahasa melayu dan bijak bermain ngan unsur2 retorik)

rasanya,ini amaran awal UM kot.."kami masih ada taring" tp U lain jgn Flop ok..semua kan ada junior..jgn terkejut kalau pas nipentas debat dikuasai oleh U baru (KU sebelum ni) mana lah tahu kan..tengok Intergom+Asisi ..dua2 sekolah baru yang buat kejutan dlm PPM tahun ni..good luck utk semua

OK..john jgn majuk lagi..

otel+ali..tq arrr pilih kek yang sedappppp giler tuh..

ejan..jgn kuat propa sgt..

jijol..jgn nak pilih kasih sgt (huhuhuhu..)

Farhan (uni10)..bagus arrr nak blaja..jgn jemu yer dik..

sayang semua!!!

Final PPM 2007

Saturday, July 7th, 2007

Aku sanggup ambil CRK semata2 nak g tengok final PPM kat picc jumaat lepas (06072007)..ye arrr lama giler dah aku tak attend final PPM..kalau tak silap,last aku tgk tahun 2002 rasanya ms tu SMAPK menang & Otel best speaker (sekarang dia pun dah jadi dva MADUM)..wahhh..ramai2 ni bekas2 best speaker muncul..Daud (jd YDP pg tu),Kajol,Otel dan ada lagi kot yang aku tak nampak..

Saina vs Intergom..rasanya profile kedua2 pasukan ni mmg hebat..Saina sendiri dah banyak kali menguasai pentas final PPM dan Intergom pasukan muda yang terlalu bagus bagi aku dengan tonggaknya si Kasyhful dan mempunyai rekod yang baik dlm pertandingan debat baik di UIA mahupun MMU.kiranya tak boleh la nak predict sape bakal johan.."Bioteknologi pemangkin kemajuan negara"..aku simpulkan kerajaan nak tunjukkan potensi bioteknologi mampu jadi pemangkin sbb ia terlalu baru n pembangkang twist balik..disebabkan ia baru maka tak layak jadi pemangkin..paling sedap bagi aku bile 2nd bertemu 2nd..farah  Saina & Dahlia Intergom..bijak la kedua2 budak ni..dan bile kasyful bangun,mcm biasa dia mampu menarik semua orang untuk tumpukan perhatian pada dia..sampailah ucapan pengulungan aku vote untuk Kerajaan n best speaker Farah Saina..tapi result sebenar..Kasyhful Best Speaker n Intergom Johan..ok..kes sama kuat aku rasa disebabkan sama kuat mungkin hakimvote untuk pembangkang sebab konsistensi mereka..ketiga2nya fluent n nampak tenang..Saina hanya mempertaruhkan Farah..yang lagi dua nampak sedikit gugup!!oklah tak kisah sgt pun..psl kes kedua2nya kuat cuma aku rasa kalau iniperatandingan debat gaya Uni mmg Kasyful paling layak dapat best speaker tp PPM kan menekankan disiplin dan stategi..jelas sgt Kasyful tak bidas 1st kerajaan..sepatutnya dah hilang banyak markah kat situ..munkin rezeki dia..aku tak kata dia tak bagus cuma untuk pertandingan ini dia tak sesuai untuk diangkat..nway,aku rasakan dia akan menjadi bintang besar dalam debat universiti nanti!!

Ohya,credit perlu kita berikan untuk Sayful n Habiburahman (UIA) kerana telah melatih Intergom!!Tahniah..

“aku terluka!!!”…opssssss

Tuesday, July 3rd, 2007

petang 0307 lbh kurang 1600hr,Aku bergegas ke UM atas permintaan otel untuk jadi hakim debat sempena minggu haluan siswa..hurm..borink cuma aku tertarik ngan xdebator syed putra n high school melaka..itu antara pertandingan yang aku adili..dengar kata ada gak di vcenue lain yang meletup..wahhh,petanda awal..UM akan terus bertakhta dalam dunia debat MADUM..tapi aku percaya uni lain pun akan cuba cari pelapis..good luck buat semua!!

hurm…tetiba korang terperasan tak ..tajuk entry ni tak sama ngan content dia kan..hehehhe..memang kot..cuma org2 yang ada di situ jek faham..aku,otel,jijol,ali n …takpelah!!hehehehe..aku terluka!!

hasril?pergh..welcome back to Malaysia..aku dapat jumpa dva yang sorang nih..mana tak nya..gigih g ambik ejan (propa..kata nak datang debat haluan siswa?)..thenmai UM semata2 nak "melampiaskan nafsu" berdebat..siap mock ni..ejan,aku (perlu ke 2nd?),jijoi..otel,azizi (good lcuk pidato komoditi) n hasril sendiri..asalnya nak tolong2 azizi kupas tajuk untuk pidato komoditi..(khamis ni kat PWTC) tapi lain jadinya..bila dah hasril dtg..jadilah kupasannya secara debat.."Sektor komoditi pemangkin  misi nasional" strugle gak aku nak lawan konsep Hasril..dah tu aku jd 2nd..tak pe tak salah cuba kan!!lagipun just mock bukan lawan..

jauh di sudut hati aku mmg suke sgt sbb dunia debat aku dah lama abis n dengan cara ni la dapat menajamkan balik skil2 yang dah tumpul tu…sikit2 demi sikit..harap la tajam..hehehe

ok ler..jumpa lain kali..nak g skull ni..ohya ali+otel..jadi ek g PPM..nanti abg ambik korang!!

02072007

Monday, July 2nd, 2007

Betsy_bday Genapnya usia aku 27 tahun..kalau dulu pada usia aku dikira lanjut kalau aku masih belum berkahwin n berkeluarga namun kita hidup pada zaman moden & kebendaan menjadi asas dalam kehidupan..paham2 la maksud aku..

Alhamdulillah,dikurniakan tuhan kudrat & ketabahan untuk aku harungi hidup walaupun kadang kala tumpah juga air mata ke pipi di atas desakan dan kepayahan untuk harungi dugaanNYA.

orang pertama wish kat aku, Salehuddin..dia call dalam pukul 11.30 malam semalam..aik belum masuk 2hb lagi nih..dengan suara yang serak2 dia wish..katanya dia baru balik dr kursus n tak sihat so dia rasa nak tertido n tak mahu lewat so dia call siap2..TQ din..tepat 0000hr 2hb aku dapat call dari ejan..msg dr hasril yang baru landing dr Australia, suzie xMTK kosass,jijol..serta akak n mak aku pun ada call..TQ sangat2 buat semua!!

then bangun pagi aku pun bersiap nak ke auditorium MPAJ untuk taklimat ketua tempat mengundi oleh SPR..ms tu pun ramai org  dok sms nak wish..TQ semua..yang best masa daftar kat kaunter tu,kerani tu terperasan ms aku tulis no ic apa lagi dia wish n cakap kuat2 ..ahaks..dah tetiba ramai pulak wish..haah..takpe..lagi ramai wish lagi ramai la yang doakan umur aku panjang..amiiinnn….

balik sekolah ada cikgu praktikal datang,aku kena g taklimat by guru besar sbb aku guru pembimbing untuk 3 orang cikgu sains dari institut perguruan teknik KL..lorr..salah soarangnya mmg aku kenal n tahu kedatangan dia ke sek aku..adik aku kat KOSASS..pada budak2 KOSASS mungkin kenal kot..nasir (lupa aku batch mana tp dia MTK batch basyir)..welcome dik..

Hah,balik sek g bank bayar PTPTN..So sape tak bayar lagi ..jgnlupa jalankan tanggungjawab..hehehehe..okla pada semua TQ ek wish birthday n Otel..abg ok jek jadi hakim kat UM tuh!!!cuma semi final abg tak boleh!!ada tuisyen..sowie!!