Sukan Tahunan

Image003 Perghhhhhh…penat giler arrr..aku kena jadi pengadil lorong masa sukan tahunan sekolah aku kat stadium bola sepak cheras pada 28 jun 2007..

berjemur ni tgh panas, dah tu jadi kontroversi pasal aku mengangkat bendera merah semasa acara 4×100 (L1) pasal baton dijatuhkan oleh pelari ketiga tapi dikutip oleh pelari keempat..ikut rules batal..tapi besalah kan..cikgu2 yang semangat kesukanannya tinggi memang membangkang aku dan menafikan..ye arrr elok2 boleh dapat Emas terus tak dapat apa2 pingat!!actually untuk pengetahuan semua masa aku kat maktab aku lulus ujian teori kepegawaian KOAM & sekarang aku sedang jalani pratikal dengan Persatuan Olahraga Amatur Selangor (POAS) so dah tentu laa aku kena bertindak adil..

takpelah..dah diaorang tak puas hati aku nak buat mcm mana kan…ha,satu lagi cerita..aku ni guru rumah sukan Bendahara (pasukan Biru) sejak aku mula2 posting sampai la sekarang..maknanya dah 3 tahun dah aku membimbing rumah ni dan 3 tahun jugak la rumah ni dapattempat tercorot..hehehehehe..aku just tahu kepegawaian bukan teknik kejurulatihan..lagipun aku takde kecerdasan kinestatik le dalam multiple intellegent aku!!hehehe..sowie!!

Leave a Reply